Pages

Monday, February 6, 2012

Boxing Day


London oh London..Christmas oh Christmas..Boxing Day oh Boxing Day. Dah memang tertulis rezeki tahun ni dapat jugak merasa bersama-sama berlumba2 dengan warga Britain tak kira omputeh, melayu, cina, india, bangla dan segala jenis bangsa di merata pelusuk dunia yang datang membanjiri kota London semata-mata nak menghabiskan duit. 

Neway, aku pun tak pernah lah nak ambik pot pasal Boxing Day ni walaupun sejak datang ke sini memang ramai ler kengkawan yang suh simpan duit kalau nak shopping, gi masa Boxing Day. Rupa2nya, ini lah dia rupa Boxing Day tu. Boxing Day ni jugak dikenali sebagai Bank Holiday kat sini dan biasaynya di adakan sehari selepas Christmas. Kononnya, christmas day kan orang duk tukar2 hadiah, so Boxing Day ni kira all the shopping store ni lah pulak yang bagi hadiah (boxed), but of course ler tak boleh bagi free, mau pecah habis semua pintu kedai kena rempuh dek manusia kan. Tapi diorang bagi pada harga diskaun yang murah gila supaya semua orang dapat bagi hadiah pada orang2 yang tersayang. Ha..itu lah makna Boxing Day nya.


Bagi kita yang tak menyambut christmas ni, kira ni lah masanya nak bershopping sakan. So tahun ni sebab nak merasa kemeriahan Boxing Day ni, kitorang pun gi lah ke Oxford Street yang sememangnya menjadi tumpuan seramai2 manusia dari serata dunia. Sebenarnya kalau nak lagi murah, better gi shopping kat outlet tapi kemeriahan tu mungkin kurang dan barang2 pun terhad mengikut outlet tu je lah. Tapi kalau kat Oxford Street ni, cakap je lah nak jenama apa, semua ada.

So pengembaraan geng kitorang pun bermula seawal pukul pagi dan berakhir hingga semua kedai nak tutup yakni pukul  malam. Bayangkanlah berapa jam kitorang berjalan dengan tangan yang penuh dengan paper bag, sampai kena halau lah dek tokey kedai sebab kedai dah nak tutup pun kitorang sibuk lagi duk memilih..punyalah...(hee..bukanlahb kena halau betul2, tapi sampai tokey kedai kena bagitau yang kedai dia dah nak tutup...hee...)



Neway, memang tersangat meriahlah bershopping time2 ni dan time ni jugaklah boleh jumpa orang Malaysia kat merata ceruk kota London ni. Pergh...memang kayo2 orang Malaysia ni, shopping kat London tu...hihi....
Ini lah hasil dagangan hari ni, termasuk kengkawan punya ni..jangan terpedaya...but the good part is, walaupun dah berbondong2 beg di tangan dan walau dah di convert dengan matawang Malaysia, masih tak luak lagi rupanya duit di Bank..cewah....jadi, Selamat datang ke kota London ya uollsss...


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment