Thursday, February 16, 2012

Bersalji di London


Hari ni memang sejarah tercipta...cewah...sejarah lah sangat. Memang lah semua orang tau UK ni negara 4 musim, jadi tentulah winter tu salji turun kan. Tapi sejak masuk musim winter ni memang takde tanda2 pun salji tu nak turun. Agaknya terkejut kut dengan kedatangan kitorang hihi...perasanlah sangat.

Mat mat saleh kat sini panggil winter kali ni warm winter sebab takde salji. Tapi se'warm'2 winternya pun, mau mati kejung gak kalau duduk berlenging kat luar time2 ni. Mat2 saleh ni pun sebenarnya tak berapa suka salji ni sebab jalan nanti jadi licin, keta payah nak jalan, sekolah kena tutup, pendek kata semua benda boleh tergendala. Tu tak kira public transport yang asyik duk delay.


Neway, berkat Maulidur Rasul tahun ni tetiba turun salji lebat. Maka keesokan harinya, penuh lah rumput2 kat belakang rumah ni diselimuti salji memutih. Kitorang pun apa lagi, jakun lah kan, first time tengok salji, pulak tu kat belakang rumah je. Terus lah bersiap sedia pakat2 nak buat snowman.



Ini lah hasilnya bila orang Malaysia yang buat snowman. Semua nak ada lambang Malaysia kan, so jadilah Snowman 1Malaysia ni. Hihi..siap import lagi bendera tu dari Malaysia. Gigih ah kak anak beranak mengerjakan si snowman ni. Habis keluar semua sudip2 aku nak membentukkan badan snowman ni.



Ini pulak jiran sebelah punya snowman..siap masuk local newspaper tu snowman dia sebab membantu aliran trafik kat depan rumah :)


Ni ler rupa orang yang first time jumpa salji. Tapi ok lagi daripada mak bapak dia yang dah setengah abad baru nak jumpa salji, lagi jakun :)


Udah macam tugu peringatan negara pulak snowman kitorang ni. Ni semua anak kengkawan kat sini yang datang bertandang nak tumpang bergambar ngan snowman kitorang ni. Hihi..glams jugak rupanya.


Ni kat taman dekat ngan rumah. Habis membeku tasik tu, tapi cuma itik tu je lah yang confident nak jalan atas tasik tu.


Budak2 tetap budak2, sejuk2 gedi macam tu pun boleh lagi aktif main2.


Neway, snow ni tak turun setiap hari pun sebab cuaca sekarang yang sangatlah tak menentu. Tapi walaupun cuma sehari dua, dapatlah jugak kitorang ni merasa nak pegang salji tu. 


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment