Tuesday, December 21, 2010

Iklan Layanan Masyarakat..Mysimplifieds.com

Sabtu lepas aku join community meet up anjuran Mysimplifieds.com di Teeq Brasseries, Lot 10. Mesti ramai yang pernah dengar pasal website ni kan? Mysimplifieds.com  ni merupakan sebuah laman web yang membolehkan online seller atau buyer untuk mengiklankan barangan jualan mereka  atau membeli belah kat sini secara percuma. Sesi perjumpaan ni merupakan sesi kedua yang dianjurkan oleh Mysimplifieds.com ni. Sesi kali pertama dulu aku tak pergi tapi kali ni aku di jemput, so aku pun dengan sukacitanya pergi sebab nak jugak jumpa online seller yang berjaya selain dapat tips2 yang bagus during this kind of session.


The event starts at 9.30 am for registration and light morning snacks. Masa ni aku dah jumpa seorang kawan baru. Kak Gee nama dia. Dia ni buat business travel agent - TDK Travel & Tours. Memang peramah Kak Gee ni, sampai kesudah lah aku duk ngan dia. 


Ok, yang ni pengacara Majlis tengah brief sikit lah pasal perjumpaan hari ni.


Benda ni pulak semua orang dapat. Guna dia masa auction barang2 nanti. Kalau sesiapa berminat boleh angkat sepanduk ni dan setiap kali kita angkat sepanduk ni harga barang tu naik sebanyak RM5.


Ini Aishah Ali, MD Mysimplifieds.com ni. Dia kira lead the event that day.


Yang ini pulak Jan Wong, Director of MOFEW (Malaysia's Online Fashion Entrepreneur). MOFEW ni another platform kepada online seller yang nak promote barangan jualan mereka. Kalau bernasib baik, boleh ikut roadshow MOFEW ni dan dapat pendedahan yang lebih.

Ini pulak presentation pasal penggunaan sistem iPay88. Sistem ni bagus kalau business kita dah establish sebab ia memang memudahkan transaksi bayaran dan menerima semua jenis merchant/bankers plus credit cards.




Ha, ni lah sesi catwalk dan lelongan barangan dari online seller yang ikut serta hari tu. Aku tak beli apa2 pun, tapi memang seronoklah menjamu mata hari tu.

So, kepada geng blogger yang ada blogshop dan nak melebarkan lagi sayap perniagaan, just log on to Mysimplifieds.com dan register. Actually kalau dah ada FB boleh automatic register with FB Account. Kepada blogger yang tak de website sendiri tapi ada barang untuk dijual pun boleh gak tepek gambar kat website ni. Go and grab your chance now....:)

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment