Pages

Tuesday, December 21, 2010

Ciri-Ciri Beg Sekolah Pilihan


 Pejam..celik...pejam..celik...tup..tup...anak aku dah nak sekolah Darjah Satu. Hui, cepat betul masa berlalu. Kalau dulu aku tengok sebelah mata je lah mak bapak menghayak anak masing2 beli baju sekolah, kasut sekolah dan macam-macam lagi lah barang nak di bawa ke sekolah. Sekarang tiba giliran aku pulak sama-sama mengusung anak dara aku gi beli baju sekolah.


Susah jugak nak cari baju sekolah sebenarnya. Memandangkan saiz anak dara aku yang kiut miut tu, maka payah lah jugak sebab saiz paling kecik pun aku tengok macam kelambu bila dia pakai. Nak tempah, aku rasa sekarang memang dah tak sempat. Nak tak nak, aku beli jugak lah 2 pasang dulu dan yang lain tu aku tempah kemudian. Nasib baik baju Canggih ni ok, nampak sesuai sikit kat badan dia.

By the way, aku sebenarnya nak cerita pasal beg sekolah yang aku beli untuk anak dara aku ni. Sibuk lah aku duk window shopping dari satu website ke satu website (website ye..so maknanya tak perlu bazir tenaga dan petrol untuk bershopping). Last2 jumpalah beg yang aku berkenan (macam lah aku yang nak gi sekolah kan..tapi nak buat camana, anak nak sekolah, mak bapak yang excited lebih). Aku rasa beg ni menepati ciri2 yang aku sendiri tetapkan. Aku jumpa kat Zappos.com dan aku beli thru Anis.

 Beg ni jenama Roxy @ Quicksilver


Pandangan depan beg


Ada pouch yang boleh attach and detach dari bag. Kalau hari tu anak tak nak bawa bekal, boleh detachkan pouch tu dari bag.

Dalam pouch tu siap bagi bekal makan dan botol air jenama sama ye, canggih gitew.


Rupa dalam pouch - insulated supaya kalau air atau makanan tumpah tak akan membasahkan beg dan boleh di lap sahaja.

So far, aku puas hati lah ngan bag ni (Again, macam lah aku yang nak mengendong beg ni kan. sah2 anak dara aku tu yang akan bawa tiap2 hari). Anyway, zaman aku kecik2 dulu, beli je beg kat kedai runcit dekat ngan rumah. Beg gantung2 depan kedai apek tu je. Itupun dah cukup bagus ada beg sekolah. Lagi pun, beg ke yang nak sekolah?

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment