Monday, August 30, 2010

CHECKLIST

Ini lah tempat yang aku nak gi next year. University of East London, UK. JPA suh aku gi belajar kat sini wat Risk Management. Tapi sebelum gi sana, banyak benda nak kena settle kat sini. Pening jugak. Memula sekali aku gi sini untuk daftar IELTS exam aku yang dijadualkan pada 16 September 2010 (Cuti Hari Malaysia dan dalam mood raya lagi tu).

Lepas daftar, ambik exam, tunggu result. Aku kena pastikan aku lulus dengan cemerlang, kalau tak aku kena repeat dan bayar lagi RM570.00. Huh, sengkek lah gua cam nih.

Lepas tu aku dah start survey rumah untuk disewa kat sana. Mahal gak kos nak sewa rumah kat sana. Ada few option yang aku rasa aku mampu nak bayar.

Rumah ni kosnya GB210 per week. Kalu sebulan dalam GB840.00. Ala2 harga rumah kat sini gak cuma nak ditolak dari elaun yang aku akan dapat nanti rasa macam cukup2 makan je. Tambah lak my hubby nanti tak keje, so aku je lah source of incomenyer.

Yang ni pun harga lebih kurang. Aku rasa benchmark harga rumah yang aku mampu bayar cuma GB200 ke GB210 je seminggu. Kat sini sewa rumah kira minggu tapi agreement still kira bulan.

Ok, lah rumah tu kira settle lah kan. Lepas tu nak cari sekolah untuk anak-anak aku pulak. Memang ada macam2 jenis sekolah kat sini, cuma bab bayarannya je yang aku tak sure. Tapi aku dah email a few school just nak tanya berapa kos untuk 2 orang anak aku nanti.

Apa lagi ek? Rasa macam banyak je. Oh, ye, lepas dapat result IELTS dan surat tawaran JPA, aku boleh proceed untuk check registration Uni for next year dan apply for Student Visa. Duit Visa pun dah GB199 sorang. Kalau campur 1 family kira GB199 x 5 orang. Perghh....habis bajet handbag aku.Itu tak kira nak buat diapunya medical checkup for the whole family dan apa2 lagi lah kan.

If everything yang kat atas tu dah settle, kena simpan duit lagi untuk prepare nak buka akaun kat sana supaya JPA boleh masukkan elaun aku cepat2. Pastu nak kena settle hutang piutang yang kat sini sikit2 supaya tak le  sengkek aku kalau kat sana nanti. Ya Allah, aku harap sangat dipermudahkan semua urusan aku ni. Amin.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment