Actually artikel ni dah banyak kali aku dapat dan aku baca cuma tak ikut je. Oh, don't get me wrong, what I mean by ikut tu bukan apa. Actually apa yang dipraktiskan oleh Yahudi ni memang benda yang baik cuma deme ni suka putarbelitkan fakta tu yang buat orang jadi konpius tu.
Kat bawah ni as usual aku cut n paste balik artikel yang aku baca tu.
Selama 8 tahun Dr. Stephen Carr Leon mengumpul data-data mengungkai jawapan kenapa bangsa Yahudi lebih bijak berbanding bangsa lain. Beliau membuat perbandingan antara bangsa Yahudi dengan bangsa dan kaum- kaum lain dari aspek kaedah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya Antaranya;
1. Ketika mengandung Janin, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano, menyelesaikan matematik bersama suami sehinggalah anak tersebut dilahirkan. Bertujuan mengasuh dan melatih otak anak dalam kandungan agar ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
2. Selain daripada itu, sejak awal mengandung Sang ibu akan memilih diet yang menjana perkembangan otak anak dalam kandungan dengan mengambil pil minyak ikan, kurma, susu roti, isi ikan ataupun fillet (mereka percaya kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan), salad yang digaul dengan badam, kacang badam dan berbagai jenis kekacang
3. Elakkan daripada memakan ikan di samping daging kerana menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
4. Mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. (mereka pulak yang Ikut Sunah Nabi)
5. Meskipun Yahudi pengeluar rokok terbesar tetapi mereka tidak merokok dan sangat dilarang kerana menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (bilangan perokok umat Islam sering meningkat dari tahun ke tahun)
6. Di tadika mereka, Pemakanan anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan kod (code oil lever) dari pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang otak (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
7. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Kerana telah diasuh dari dalam kandungan anak- anak Yahudi dengan mudah menerima apa yang diajar. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, sukan sebegini melatih otak memfokuskan sesuatu perkara (tumpuan)di samping sebagai persiapan untuk perkhidmatan negara. (di Malaysia, sukan rempit amat popular di luar bandar dan banda di kalangan anak-anak Melayu)
8. Ketika di sekolah menengah, murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.
9. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta reka bentuk Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti perniagaan dan fesyen.
10. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! (kebanyakan orang Melayu yang gagal dalam hidup adalah /jarang tidak menunaikan solat)
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan perniagaan jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell komputer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah.
Fikir-fikirkanlah....
0 tengah makan stoberri:
Post a Comment