Pages

Monday, October 7, 2013

Our Instant Holiday

Khamis lepas aku ada kerja kat Melaka sampai Sabtu. So, kebetulan mak aku ada kat rumah, so aku pun mengangkut lah mak aku dan si kecik Hana Marissa ikut sekali. Memang kalau aku gi outstation lebih dari sehari, aku akan angkut si kecik tu dengan mak atau adik aku untuk jaga sebab si kecik tu still duk bergayut lagi especially malam.

As usual, dah nama pun kerja, so jadual agak pact dari pagi sampai ke malam. Hari Khamis tu aku gerak dari Kajang pukul 3.30 petang, sampai kat Hotel Equatorial ni pukul 5.45 petang. Nasib baik hotel ni betul2 tengah bandar, so tak lah boring mak aku terperap dalam bilik. At least boleh lah dia bawak si kecik tu jalan2 sekitar kawasan hotel ni. Aku punya program start pukul 8.30 sampai pukul 10.30 malam. So malam tu, diorang melepak dalam bilik je sebab lepas check in, aku terus bawak diorang gi makan kat Dataran Pahlawan sebelah hotel tu je.

Pagi esoknya, lepas breakfast, aku terus gi aku punya Bengkel tu sampai lah petang. Tetiba en. hubby call kata petang tu dia sampai bawak anak aku yang lagi 3 orang tu dengan mak mertua aku sekali. Tu dia, nasib baiklah bilik aku tu agak besar, so boleh ler kita tidur berjemaah malam ni. Actually, hari Sabtu, anak aku yang no. 2 - Khalissa tu ada konsert akhir tahun plus graduation. So dia dan yang no. 3, Aliff (depa sekolah sama tempat), take part lah untuk persembahan hari tu dan kena ada kat Uniten by 10 am.  Alamatnya, pepagi tu diorang dah kena balik ke Kajang and aku pulak kena sambung kerja dan balik lepas habis first session to be in time for the concert pulak.

Anyway, pendek citer, petang tu sampai lah bebudak tu. Sampai2 je, terus tukar uniform, gi berendam kat swimming pool. Nasib baik aku punya program habis takat petang tu je sebab urusetia dah atur program nak gi makan seafood kat Umbai, so dapat lah aku melayan diorang jalan2 malam tu.


Malam tu en hubby ajak naik bot. Aku ikut kan aje, aku pun tak pernah naik bot kat sini lagi rasanya. Kitorang park dekat jeti ni (apa nama pun aku tak ingat dah). Pastu sign board tu kata, tunggu kat jeti dan lambai kalau nak naik. So everytime bot lalu, kitorang pun lambai ler, orang yang dalam bot pun lambai kat kitorang balik tapi harem nak berenti. Rupanya kena gi beli tiket and naik kat tempat lain, jeti yang kitorang tunggu tu dah tak guna lagi. Cis, mengong tul, kalau macam tu sampai esok pagi pun tak dapat naik bot, asyik duk melambai je lah.




Yang laki aku kerjanya suruh bergambar. Bukan dia tak tau perangai anak2 dia tu, bukannya senang nak di ajak bergambar. Macam2 posing, macam2 peel ada. Last2 aku yang penat renyih kat kamera.


Akhirnya kitorang pun jalan ler ramai2 gi ke tempat beli tiket. Asal tanya orang semua kata jalan terus ke depan. Dah lah dengan bawak bebudak yang tak reti seminit nak diam tu, dengan budak debap tu lagi, jenuh jugak lah nak berjalan. Mana nak berenti ambik gambo lagi...huwaa.....haru biru jugaklah.



Hard Rock Cafe Melaka...dasat...sesuwailah dengan status negeri maju kut.


Penat dah berjalan, last2 nampak beca merelip merelap ni. Tanya kat pok cik beca ni, semua kata kena jalan lagi. Nak senang naik je lah beca ni, RM10 satu beca.


Memandangkan hamba rakyat yang ada ni pun tak pernah naik beca dan kalau nak berjalan, agak jenuh jugak aku nak jadi pengawas, kita naik je lah beca walaupun, dah tak sampai sejengkal kalau nak berjalan.


Kena naik 2 beca. Ha..kemain lagi pok cik beca tu siap peace lagi.

Ha, sampai dah. Ni baru lah tempat yang betul. Ok, tiket dewasa RM10.00 dan bebudak 2-12 tahun setengah harga. Ini harga warganegara Malaysia saje, kalau tourist luar, dewasa RM15.00.


Nasib baik ada mak aku tolong kendong si debab ni. Masa ni si Hana ni dah lali nak tido ni, tapi tahan lagi. Kejap lagi masa naik bot dia dah start berzikir dah...aku pun jadi kalut.



Rupa dalam bot. Most of the time memang penuh je lah bot ni. Ni masa baru naik, masa nak jalan, dah penuh dah semua seat ni.


Pemandangan sekitar sungai. Semua bangunan2 tu dah di cat mural berdasarkan sejarah Melaka. Ada gambo Hang Tuah dan macam2 lagi lah. Ok jugak lah, kreatif.


Ni, Eye on Melaka lah kiranya.


Ni monorel lah kut rasanya.




Budak ni kalau ambik gambar memang macam2 gaya dia buat.



Kampung Molten yang di bina semua.




Huhu...basically agak menarik lah especially untuk pelancong luar. Ala2 macam naik gondola kat Cambridge, London tu lah. Lama jugak naik bot ni dalam 40 minit jugak dia buat pusingan. Tapi masa nak balik, kitorang mintak stop kat jeti yang memula kitorang naik tu, sebab nanti jauh lak nak berjalan balik.

Balik2 tu memasing dah kelaparan so kitorang singgah makan nasi lauk asam pedas power. tempat ni sempoi je, tapi sedap jugak lah asam pedas dia.

Ni gambar pepagi sebelum balik. Mak mertua aku dengan si debab.


Time ni aku kena gak hantar depa kat lobby sebab si Aliff tetiba melalak2, sebab dia tengok aku tak balik lagi tapi dia dah kena balik. Budak ni memang gitew, manja terlebih. So, terpaksa lah aku turun gi ngantor sampai dia naik kereta.

Ha, tu lah dia our short holiday kat Melaka. Dalam pada duk kerja, sempat lah jugak berholiday.


Tuesday, October 1, 2013

Aku Dan Perfume

Haha..tajuk macam ala2 Drama Bersiri lah pulak kan. Anyway, hari ni nak cerita pasal perfume sebab hari ni baru dapat perfume yang aku beli dari FB Shoppaholista ni. Perfume ni memang my ultimate perfume lah kiranya sebab walau dah bermacam jenis perfume aku pakai, tapi yang ni wajib ada dalam stok simpanan aku.

Pompuan dengan perfume ni kan ala-ala macam isi dengan kuku. I mean most women lah, tapi ada gak yang jenis allergic pakai perfume. Aku pulak, kalau tak pakai perfume, mesti rasa ada yang tak cukup hari tu tapi tak lah macam kawan aku, dah on the way gi tunggu bas, boleh sanggup balik rumah sebab lupa pakai perfume. Tapi itu memang alasan tak nak gi kelas lah kan. Tapi dia ni memang hantu perfume, siap dalam handbag memang wajib bawak perfume. Bukan setakat purse size or yg vial tu tapi bapak besar botol yg 100ml sebab dia mmg kalau beli perfume terus the biggest size.

Anyway, aku just nak citer pasal perfume feveret aku. Tak de kena mengena pun dengan orang lain. Actually bau perfume ni pun very subjective. Ikut hidung masing2 lah kan. Kengkadang kita bau wangi, tapi orang lain macam nak pengsan duk hidu bau perfume kita and vice versa.


Perfume ni memang famous masa zaman aku sekolah2 dulu. Gila, sekolah pun dah pandai citer pasal perfume. Tapi aku tak pakai lah perfume time sekolah, tapi sebab sekolah aku tu ramai anak2 orang kaya, so depa lah yg selalu citer pasal perfume ni. So bila aku dah start belajar kat Uitm, baru lah aku pi menerai-nerai bau perfume ni. Huh....bau dia memang very strong bagi aku lah. It's a definite no-no to me. But perfume ni kira evergreen kat aku walaupun aku tak pernah pakai, tapi ini ler perfume first yang aku kenal.



Ini pun antara perfume yang femes masa zaman sekolah, sampai aku kat U. Yang ni aku pakai sebotol je, tak repeat dah lepas tu sebab bau dia very direct. Macam mana punya direct aku pun tak boleh nak terangkan. Tapi yang ni aku tak beli, aku cuma hantar langganan Malajah Cleo untuk setahun and kebetulan masa tu ada promo dapat perfume ni free. So, aku langgan Majalah Cleo tu semata-mata nak perfume ni free. 




Yang ni, perfume yang glemer masa aku kat U or mungkin jugak sebelum2 tu, cuma aku tak ambik tau sangat. Ye lah, bukannya berduit pun nak beli. Tapi, aku pakai pun masa aku dah start kerja. Yang ni aku pakai dalam 3 ke 4 botol. Tapi sekarang ni, aku macam dah tak berapa nak suka pulak bau dia. Tak tau lah kenapa. Mungking sebab dah banyak sangat version yang baru sampai dah tak kenal bau yang original ni.


Haha..ini perfume untuk orang jantan, tapi aku beli jugak sebab bau dia sangat refreshing dan tak terlalu masculine. Even though ada yang pompuan punya, hak yang pakai corset tu kan, tapi aku lebih suka bau yang ini. Still takde lah pulak orang yang ingat aku pakai perfume lelaki. Tapi sekali tu je lah aku beli.

Yang ni aku pakai dalam 2 ke 3 botol. Aku suka bau dia yang sangat fresh, bau buah-buahan dan santai je. Biasanya aku akan pakai perfume ni untuk outing weekend sebab bau dia akan stay fresh. So kalau agak2 takde perfume yang aku nak kat Perfume Shop tu, aku boleh je beli perfume ni lagi dan lagi.

CK Eternity Moment ni antara range perfume CK yang soft bau dia. Memang feminin lah. Yang ni sesuai lah nak pakai kalau keluar malam / dinner or gi office. Bau dia flowery and very soft. Yang ni aku pakai sekali je, tapi kalau nak beli lagi pun, no hal.


     

Gucci Guilty ni aku pakai sebotol je. Aku beli pun sebab masa tu nak beli Gucci Envy tapi takde stok dan yang ni baru je keluar masa tu. Masa test kat kertas tu macam best lah tapi bila pakai macam takde apa2 perasaan. So, kira guilty jugaklah membeli haha..
 
Gucci Envy antara perfume yang aku suka. Bau yang agak soft dan fresh. Actually bau perfume ni melambangkan personality seseorang. Aku tak pandai lah nak buat analisa, tapi aku memang tak suka bau yang strong dan menusuk2 ke hidung tu or yang terlampau flowery dah ala2 bau setanggi. Aku lebih suka bau buah-buahan yang fresh dan kalau bau bunga2an, bau tu biar soft je.

Ini another range Calvin Klein yang aku pakai sekali je. Ni pun ala2 Gucci Guilty tu. Masa test macam sedap and bila pakai a few time, rasa biasa je.

Coco Mademoiselle ni antara range Chanel yang suit to me. Yang lain tu aku rasa bau agak strong dan more veteran..ececeh...Aku pakai ni 2 botol saje sebab harga yang agak semput jugak nak membelinya kan. Perfume ni memang bit strong bukan dari segi bau tapi more on ketahanan bau tu sendiri rasanya sebab kalau kau lalu kat satu tempat, dia punya bau akan tinggalkan jejak kat tempat yang kau lalu tu. 

Memandangkan harga Coco Chanel tu agak semput, aku jumpa adik kembar dia yang lebih murah dan bau memang sangat sama - Miss Dior. Haha...suka2.





Ini perfume yang aku pakai sekarang - Paco Rabanne lady Million. Ini pun dengar2 je cakap orang yang review kata best. So, hari tu beli kat KLIA duty free shop, dapat murah sikit. Bila pakai, sama je macam pakai Guilty tu, tak rasa apa2. Kira macam tak berapa nak rasi lah dengan badan.. So, guilty???? Ado lah sikit.


Ahaha...walau dah bermacam jenis perfume yang aku pakai. Ini lah satu-satunya perfume yang memang melekat dengan aku. Yang ni pun, harga agak menyemputkan tapi aku dapat harga agak murah beli dari Shoppaholista ni. Berbaloi????Memang berbaloi. Perfume ni ex-officemate aku yang kenalkan dan terus aku berkenan sampai lah sekarang. Bau bunga-bungaan yang sangat2 segar dan manis..hihi..boleh? Tak tau ler macam mana nak explain, tapi aku memang suka sangat perfume ni. Dan perfume ni memang aku akan pakai even ada perfume lain, tapi yang ni wajib ada dalam simpanan.



Tapi dalam banyak2 perfume tu, ada jugak perfume yang aku suka bau dia tapi bila aku pakai, aku jadi pening. Korang pernah ke experience gini atau memang aku je yang pelik? Tapi aku tak fikir aku pelik. Mungkin, perfume ni dengan aku tak de chemistry which is tindak balas kimia dari badan aku dengan perfume ni menghasilkan cas or ion negatif kut. Itu kira pandangan aku yang tak berapa nak sainstis ni lah. Contohnya perfume Pleasures Estee Lauder ni. Memang 'in' perfume ni masa baru2 keluar. Kawan2 aku kira rata2 memang akan ada sebotol. Yang peliknya, bila aku pakai, aku akan jadi pening tak tentu arah, tapi kalau kawan aku yang pakai, aku suka je bau dia.



Satu lagi Perfume Sunflower Elizabeth Arden ni. Bau dia memang sedap sebab bau bunga yang fresh dan aku memang suka bila kawan aku pakai, tapi bila aku pakai, aku jadi pening. Yang ni aku pakai tak habis sebotol, itu pun aku tak beli, orang yang kasi. Huh..nasib tak beli, kalau tak memang rugi.

Anyway, ada 2 lagi perfume yang aku suka bau dia dan rasa macam nak beli. Tunggu perfume yang ada sekarang dah nak habis, baru aku gi beli. Aku tak suka ada banyak2 perfume dalam satu masa. Paling banyak, aku boleh ada 3 jenis perfume je yang aku boleh pakai untuk gi office, pakai bersantai dan satu lagi yang universal, boleh pakai bila2 masa. Kalau dah banyak sangat, tak tau nak pakai yang mana, or end up pakai satu je. Kalau dah lama sangat perfume tu dah tak wangi, tapi jadi busuk bau tengit kata orang. Lagi rugi.



 
Dua perfume ni aku suka bau dia tapi aku kena gi test lagi sekali. Kadang2 aku macam teringat2 bau dia best, tapi time nak beli dah jadi tak best pulak. Tapi Midnight Fantasy Britney Spears tu dah banyak kali aku test dan bau still best bagi aku. So dua ni, kena tunggu next trip pulak and kena intai page si Shoppaholista tu, ada ke tak. Kalau takde, aku akan intai kat website Strawberrynet.com sebab kat sini pun harga lebih murah dan kadang2 ada sale. Lagi pun, dia straight hantar ke rumah, so tak payah nak keluar dari rumah, cuma kita kena make sure dah tau bau perfume yang kita nak lah sebab online ni mana lak ada tester bagai kan. So kalau keluar berjimba2 tu, gi lah test mana2 perfume yang berkenan, then baru lah order online.
 





Thursday, September 26, 2013

Toys R Us Members' Sale


Sesapa ada anak2 memang syokler gi sini, tapi yang ni untuk members only. Tapi FREE je pun nak jadi member. Memang dia offer je sapa nak jadi member kalau beli toys kat sini.

As forr me, aku dah tobat beli mainan sebab masa kat UK hari tu jenuh berangkut berapa kotak semua barang mainan. Yang peliknya, bukan aku atau anak2 yang giler rambang mata tapi bapaknya yang meroyan lebih. Asal gi carboot, mesti berbondong2 bawak balik mainan baik yang dibeli tak pun yang free. Tapi tu lah yang bestnya duk kat UK, carboot dia memang terbaik. Barang mainan budak ni toksah katalah, macam2 jenis, semua nya elok2 lagi. Semua jual murah serendah 20p yakni RM1. Mau tak meroyan mak paknya.  Dah tu kalau tak habis jual dan agak2 memang dia tak nak bawak balik, dia main tinggal je kat situ. So apa lagi, kitorang pun rembat ler. At one time, kitorang dapat sekotak besar toys yang masih elok dalam kotak dan berplastik.

Tapi bila dah bawak balik sini, aku yang pening. Sana mainan, sini mainan, merata ceruk mainan. Last2 yang diorang main, mainan kecik2 yang dapat free kalau beli coklat Kinder Bueno tu lah, tak pun tah hapa2 mainan yang kenit2 yang main sekali, esok tak boleh main dah sebab dah jahanam.

Budak2 kan, kalau dah banyak dan senang dapat memang tak akan appreciate benda tu semua. Lain macam zaman aku kecik dulu. Mainan memang susah ler nak dapat selalu walaupun aku sorang je masa tu dan jarak ngan adik aku dalam 11 tahun. Tapi, apa yang ada tu aku jimat2 main dan siap boleh di variasikan ikut keadaan. Kira kreatif ler kan, kalau lego kaler hijau boleh jadi sayur bila aku main masak2.

Anyway, sesapa yang rasa nak gi buat investment boleh ler gi ke Summit USJ ni satart dari semalam sampai hari Ahad ni je.