Thursday, September 26, 2013

Toys R Us Members' Sale


Sesapa ada anak2 memang syokler gi sini, tapi yang ni untuk members only. Tapi FREE je pun nak jadi member. Memang dia offer je sapa nak jadi member kalau beli toys kat sini.

As forr me, aku dah tobat beli mainan sebab masa kat UK hari tu jenuh berangkut berapa kotak semua barang mainan. Yang peliknya, bukan aku atau anak2 yang giler rambang mata tapi bapaknya yang meroyan lebih. Asal gi carboot, mesti berbondong2 bawak balik mainan baik yang dibeli tak pun yang free. Tapi tu lah yang bestnya duk kat UK, carboot dia memang terbaik. Barang mainan budak ni toksah katalah, macam2 jenis, semua nya elok2 lagi. Semua jual murah serendah 20p yakni RM1. Mau tak meroyan mak paknya.  Dah tu kalau tak habis jual dan agak2 memang dia tak nak bawak balik, dia main tinggal je kat situ. So apa lagi, kitorang pun rembat ler. At one time, kitorang dapat sekotak besar toys yang masih elok dalam kotak dan berplastik.

Tapi bila dah bawak balik sini, aku yang pening. Sana mainan, sini mainan, merata ceruk mainan. Last2 yang diorang main, mainan kecik2 yang dapat free kalau beli coklat Kinder Bueno tu lah, tak pun tah hapa2 mainan yang kenit2 yang main sekali, esok tak boleh main dah sebab dah jahanam.

Budak2 kan, kalau dah banyak dan senang dapat memang tak akan appreciate benda tu semua. Lain macam zaman aku kecik dulu. Mainan memang susah ler nak dapat selalu walaupun aku sorang je masa tu dan jarak ngan adik aku dalam 11 tahun. Tapi, apa yang ada tu aku jimat2 main dan siap boleh di variasikan ikut keadaan. Kira kreatif ler kan, kalau lego kaler hijau boleh jadi sayur bila aku main masak2.

Anyway, sesapa yang rasa nak gi buat investment boleh ler gi ke Summit USJ ni satart dari semalam sampai hari Ahad ni je.


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment