Pages

Friday, May 31, 2013

Medela Kena Masuk Wad

Urghhh..my nightmare has begun. Time2 ni lah ko nak sakit tenat kan Medela. Baru semalam aku mengangkut aku punya adapter ke hulu ke hilir. Pepagi bawak gi opis. Malam bawak lak gi rumah mak mertua sebab dengan tak semena-mena satu area Prima Saujana tu blackout sampai pukul 11 malam. Dah lah Medela aku tu tinggal nyawa2 ikan.

Masa kat rumah MIL semalam dia masih lah bernyawa macam masa bawak gi opis sebelumnya. Tapi pagi tadi dia terus sunyi tanpa sepatah kata. Baru lah aku duk berkira2 nak menambah stok cik Hana yang sendu itew. Tapi aku bawak jugak gi opis. Sampai kat opis dia still tak nak hidup. Aku keluarkan bateri dia, biar kat luar sekejap, pastu masukkan balik, still dia duk diam lagu tu. Aku check lah kat internet pasal penyakit si Medela ni and tempat nak servis. Dalam banyak2 review yang aku baca, ada satu yang terangkan kalau aku beli dari independent supplier, biasanya service centre kat Malaysia anggap aku macam pengguna international so dengan automatik, warranty memang tak terpakai, of courselah dah ko beli direct dari US, maka warranty hanya terpakai di US saja lah. Kalau nak hantar jugak kat service centre, diorang akan kenakan caj yang agak mahal.

Demi menyedapkan hati aku call service centre kat Bangsar and lady yang jawab phone tu pun bagitau benda yang sama which is "Kalau akak nak kitorang tengok, kena charge RM150. Lepas tu kalau technician bukak hardware tu charge RM300 dan semua tu burn samada akak nak proceed untuk tukar spare part atau tidak. Untuk bateri RM500 and kalau motor yang rosak at least RM800.00. Tapi apa2 pun, saya nasihatkan akak pergi balik kat supplier akak tu, tapi kalau akak nak hantar jugak kat sini, RM450 tu kira confirm kena bayar dulu". Ha hahambik ko, dah macam masuk kat Prince Court  pulak rasanya. Aku pun menggelupur ler cari balik no phone and blog supplier tu iaitu susuibu.blogspot.com. Huh, nasib baiklah diorang kata boleh check kalau ada kerosakan cuma aku kena lah mengepos motor Medela aku tu ke Perlis sana nun sebab ownernya duk kat sana. Still ada charge yang dikenakan tapi cuma RM50 and spare part nanti kira lain, kena tengok dulu apa yang rosak.

Alhamdulillah, lega sikit rasanya. Tu lah pengajarannya, kalau beli benda mahal, maintenance pun dah tentu lah mahal and at the same time, kalau nak mudah, beli lah dari appointed distributor supaya kalau jadi apa2, boleh terus pergi je kat mana2 service centre. Ni pun, untung lah owner tu ada sediakan service tu, kalau dia pun jenis yang jual je tapi takde after sale punya service, mau melayang lagi ribu riban kan. Apapun, aku akan hantar Medela tu masuk wad minggu depan lah lepas baik dari holiday. Bagi hati tenang2 sikit..heee....
 



0 tengah makan stoberri:

Post a Comment