Pages

Thursday, May 30, 2013

Habislah Bekalan Macam Ni

Seingat aku, masuk bulan ni baru 6 bulan aku paakai Medela Freestyle ni, takkan dah pancit kut. Bukannya heavy duty sangat aku mengepam. Semalam masa kat office tetiba tak boleh nak pam sebab bateri dah out padahal semalaman aku charge. So bergegaslah aku balik rumah and charge. Tapi bila tengok kat skrin, bateri still tinggal satu bar. Jenuhlah cam ni, takkan nak pam dengan bateri tengah charge. Dah lah aku punya ni US version so kena pakai adapter aku yang berat berkilo-kilo tu. 

Malam tadi aku charge lagi bateri but still bila nak pam, skrin tu tunjuk gambar bateri dah nak habis. Nak tak nak terpaksalah aku mengangkut adapter aku yang berat nak mampus ni ke office. Senget2 bahu ah kak mengendung bag susu dengan handbag.


Sila abaikan rupa adapter yang berkeladak itu ye. Berat gilos benda alah ni. Dah macam bawa bola bowling je dalam beg, mana tak senget bahu aku. Buat masa ni, aku kena pam dengan motor ni bercharge kat sini. Eh, motor ke namanya..ke bateri. Tapi tadi aku bukak bateri tu macam basah sikit, tak tau lah pulak kut mana yang masuk airnya. Aku lap2 bateri tu but still skrin tu rupa macam kat bawah ni.


Eee....apalah penyakit misteri ko ni. Nak hantar servis jauh ke Bangsar sana tu. Tapi kalau tak hantar servis atau tukar apa yang patut, takkan aku nak berangkut adapter aku yang berat ni. Mau lah ah kak jalan menyenget je lepas ni. Tak lama lagi dah lah nak gi out station. Adapter je berat dah berkilo2, belum campur barang2 lain lagi, lepas ke ni, aduss......Stress..stress jadinya. Hai lah Marissa, poning lah umi kau ni pikir masalah ni lagi pening dari pikir masalah negara nak oi.

Apa2 pun, aku kena lakukan sesuatu sebelum pergi out station minggu2 depan ni.



0 tengah makan stoberri:

Post a Comment