Pages

Wednesday, November 14, 2012

Tak Paham Aku

Ish, tak paham betul aku. Orang meniaga, awak nak meniaga tapi layan customer macam haprak. Bukankah customer tu yang nak bagi ko rezeki. Kalau tak suka nak layan orang, jangan buat bisnes. Eee....geram sungguh.

Rasanya dalam minggu lepas aku ada lah membeli barang kat satu blog ni. Nampak memang dah establishlah, dengan pelbagai jenis barangan, siap ada kelas, bengkel dan yard sale bagai. Memanglah bukan beli barang mahal pun sebab dah benda yg murah tu je yang kita berkenan hihi..padahal nak beli benda lain fulus tak cukup pulak kan. Neway, itu bukanlah persoalannya kan. Kalau ko jual barang ratus ribu pun, tup2 ko selit jugak satu dua barang harga RM2.50 dan yang RM2.50 tu ;ah yang orang nak beli, so ko kenalah layan customer RM2.50 ko tu macam ko layan customer ribu riban ko kan. Kalau rasa2 malas nak layan customer RM2.50 ni, jangan lah ko selit2 barang yang rege RM2.50 tu. Customer ni kan memang pelik2. Dalam banyak barang2 branded meletop2 di pasaran yang kita jual, tetiba barang yang dah nak buang kat sungai tu jugak yang jadi idaman hati. Sebab tu orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

So berbalik pada kes aku ni. Aku dah bayar full pun pada tuan kedai hari Isnin yang lepas. Sampai dah masuk hari Rabu minggu ni, batang hidung barang tak sampai2. Bila aku sms tanya agak2 bila ya you nak post barang I tu? Terus senyap je tak de jawapan. Ku ingatkan busy bebenor ke tapi bila tengok blog macam 10 kali sehari je update. Tapi bila time org tanya nak buat payment, cepat je jari tu menaip bagi no akaun bagai. Mana lah hati aku tak sakit. Aku pun meniaga gak, cuma aku meniaga kek, jadi dah memang ada tarikh terterntu bila customer boleh ambik kek. Ini sah2 lah barang tu ready stok. Apa lah yang susah sangat nak gi pos. Tak pun, kalau ko tipu sunat kata ko outstation minggu ni, minggu depan lepas Deeavali saya hantar, sejuk sikit hati aku. Ini buat derk je. 

Takpe, memandangkan ahkak ni tengah boyot, ahkak tak nak marah2 sangat, takut menambah stress yang tak tentu hala je pada kandungan ni. Jadi, aku akan tunggu sampai hujung minggu ni je. Kalau tak sampai jugak dan sms/call aku tak dilayan...SIAP KO. Ko jangan main2 ngan mak buyung ni....Ishhh.....

1 tengah makan stoberri:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said... [Reply to Comments]

ni memang marah betol2 nih. takut :(

Post a Comment