Pages

Tuesday, January 10, 2012

Pasar kat UK

Salam,

Kali ni nak cerita pengalaman gi pasar kat London ni. Actually bukanlah pasar dalam erti kata pasar macam kat Malaysia, tapi kat sini memang terkenal dengan Sunday Market and Carboot Market. Dekat market2 ni ada macam2 barang yang diorang jual, ada jugak fishmonger yang jual ikan dan daging tapi tak lah macam kat tempat kita kan. Kat sini ikan2nya duk elok je dalam ais macam ikan salmon, seabas atau seabream. Masa memula datang memang kitorang tak makan ikan2 ni semua sebab nama pun dah lah tak pernah dengar, rupa lagi lah jauh sekali. Walaupun ikan2 tu dalam species yang sama ngan adik-beradik dia kat Malaysia, tapi rupanya tetap tidak ku kenali... 

The first market yang kitorang pergi ialah flea market kat Romford ni. Market ni di buka every Wednesday, Friday and Saturday. Kitorang jumpa market ni pun secara tak sengaja sebab nak pergi bank bukak akaun, tetiba nampak banyak pulak gerai2 kat tengah jalan depan bank tu.



Kat market ni ada banyak bunga segar, sayur2, buan-buahan yang segar2. Geram betul tengok bunga2 ngan sayur2 tu dan harga memang murah.



Ada jugak yang jual cupcake dan macam2 jenis makanan. Tapi of course ler bukan semua kitorang boleh makan melainkan roti je ...hmm...Itu pun kena tengok betul2, silap haribulan....


Ada gak yang jual kain baju, barang2 perhiasan rumah, toys dan macam2 lagi lah. Kebanyakan barang kat sini semuanya barang2 baru.


Ini pulak first carboot market yang kitorang pergi kat Dunton. Masa ni still duk menyewa kat hotel lagi, tapi gigih jugak nak merasa gi carboot market. Kitorang gi ngan Izu and her family. Izu ni lah first budak Malaysia yang aku jumpa masa University Induction. Itu je lah orang Melayu yang aku jumpa, yang lain semua omputeh takpun orang itam :)



Dunton Market ni besar, pendek kata kalau jalan dari pagi sampai tengahari tu pun belum tentu habis pusing lagi. Carboot kat sini bukak awal pagi and by 1 or 2 ptg, diorang semua dah bungkus especially masa nak dekat winter sebab cuaca yang sejuk melampau dan angin yang kuat giler.


Ni antara barang yang kitorang beli kat Dagenham Sunday Market. Meja kayu tu memang solid wood tapi diorang let go at £10 pound je. Kalau datang time diorang nak bungkus lagi dapat murah, silap2 ada yang boleh dapat free.

Memang meroyan gak lah kalau gi carboot market ni. Bagi orang kayo2, depa tak pandang ler market cam ni sebab depa kata kita duk beli sampah (ye lah sebab kebanyakannya barang terpakai). Tapi bagi yang tak berapa nak kayo macam kitorang ni dan bagi yang baru2 jejak kaki ke UK, memang sesuai ler beli barang kat sini. Setakat nak beli pinggan mangkuk, periuk belanga, kerusi meja untuk permulaan memang boleh sangat. Silap2 boleh dapat Royal Albert punya pinggan at a very good price. Kalau kat Malaysia pun orang simpan dalam lemari je, punyalah sayang nak pakai sebab mahal..ha..ko mampu??.







Ada banyak giler carboot market ni kat seluruh UK ni, ada yang mahal, ada yang murah. Tengok jenis barang yang diorang jual. Tapi bagi collector, tak kira apa barang sekali pun, kat sini ler tempat yang paling senang nak mengumpul barang selain beli kat eBay hihi...Kitorang pun tak lah selalu sangat ke carboot ni sebab selalu sangat terlambat, maklumlah dengan 3 henbeg tu, memang kelam kelibutlah pepagi. Lagipun sekarang ni tengah winter, so semua carboot biasanya tutup. Kita tunggu next summer pulak ek.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment