Pages

Saturday, January 7, 2012

Episod Kedua di London

Salam semua,

Wah, dah semakin menjauh dah blog ni dari tuannya nampaknya. Bukannya tuannya tak de masa nak update, malahan terlebih2 masanya semenjak jadi suri rumah cum student ni tapi penyakit M dah mula menyerang. Cuma rajin update FB je. Bab nak menulis panjang ni memang lah tersangat malas. Maklumlah, kepala baru nak adjust jadi student balik.

Neway, dah masuk 4 bulan kat London ni baru lah nak menghapdet cerita episod kedua kat sini. Okay, kalau episod pertama hari tu kitorang still tak dapat rumah lagi dan waktu tu kitorang dah kena keluar dari hotel sebab tak boleh nak extend lagi sebab kat area East London tengah ada event sukan besar2an, so semua hotel yang berdekatan ngan Universiti tu dah penuh. Nak cari tempat lain, kitorang pun baru sangat, so memang tak berani nak keluar jauh dari area University sebab tak familiar ngan jalan. Tapi bila dah lama kat sini baru sedar sebenarnya semua tempat ni dekat2 je.


Tengok lah bebudak ni kan, ceria je. Padahal mak bapak tengah serabut nak cari tempat tinggal, tapi diorang cukup seronok, hari2 dapat jalan2 naik kereta..boleh??? ni gambar kat Gallion Reach Retail Area, dekat betul ngan University aku dan ini lah Istana hinggap kitorang hampir setiap hari sebab, parking free :) and wifi free dari kedai...sian kan. Kat sini kitorang akan sibuk lah cari rumah untuk di sewa kat Internet.


Ini pulak kat pejabat salah sorang agen yang baik hati. Nama dia Kadrie, orang Turki. Dia tunjuk satu rumah kat kitorang hari tu. Memang dekat gan University aku tu tapi kena tunggu landlord punya green light dulu.


So, aku pun sign ler agreement ngan dia sebab dia nak ambik deposit £500. Banyak tu beb, buatnya dia tipu, tak putih mata kitorang. So En. Hubby pun sibuk2 lah ambik gambar, senang kalau jadi apa2 nanti. Tapi Kadrie ni ok, sangat family man.




Tapi, nampaknya nasib tak menyebelahi kitorang dan jugak si Kadrie ni sebab lepas 5 hari dia bagi tempoh pun still landlord tak bagi jawapan. Kitorang pun tak boleh nak tunggu lama2 se, deposit dia bagi balik (Pheww..) dan mulalah pencarian sekali lagi. So after 1 week, (in that time, kitorang sewa B&B kat Ilford), kitorang jumpa rumah ni secara kebetulan dan agent kitorang tu si Nihat Hussein ni pun jenis yang tak banyak kerenah, so everything went fast and well. Finally, kitorang tak payah nak berangkut berpindah-randah lagi sebab dah boleh masuk rumah..yay...


Ini ler rupa rumahnya. Sewa kat sini £1200 sebulan untuk rumah 3 bilik and 1 je bilik air ni (orang putih ni tak suka main air kut kat sini :)). Kalau convert, dalam RM6000 lah sebulan. Kalau kat Malaysia, area mana kitorang boleh duduk ngan sewa sebanyak tu ek. Nama bandar ni Dagenham kat Essex County, East London. Since letaknya kat London, memang ni je lah range harga yang kitorang dapat. Kalau nak lagi murah, kena duduk luar dari London, tak pun sewa flat 1 bilik.



Kat London ni harga rumah memang melampau, tapi barang lain memang murah, so, walaupun duit biasiswa tu hampir 3/4 guna untuk bayar duit rumah, tapi masih cukup untuk menampung kitorang sekeluarga sebab barang lain memang murah. Bayangkan kalau sekali pergi Tesco kat Malaysia, dengan 1 troli penuh tu mau RM300 - RM400. Itu pun kena repeat lagi. Tapi kat sini, penuh troli tu mungki dalam £50 (RM250) and ada pilihan untuk pergi kedai yang lebih murah macam 99p shop atau pound land (Kedai £1) dan boleh dapat barang jenama yang sama pada harga lebih murah.



Ini pandangan belakang rumah. So far, memang puas hati ngan rumah ni, yard dia besar dan bersih.


Siap ada pokok epal menanti, walaaupun bukan kitorang punya, jiran belakang rumah punya, tapi boleh lah tu.





Ini pulak ruang dapur yang dah di extend dek tuan rumah. So, aku dapat dapur yang cukup luas dan cantik untuk aku habiskan masa kat sini.



Ini ruang makan kitorang. memang muat2 je untuk kitorang satu family meja ni. Tapi yang paling aku suka bila makan pagi atau petang, boleh tengok pemandangan kat luar.





Ini pulak ruang tamu dan TV besau tu beli kat sini masa sale, memang murah...



Tangga naik ke ruang atas, tirus je tapi sebab berkarpet, so tak lah bahaya kat bebudak tu.


Besar ni je hall kat atas ni. Bukan hall pun, kira doorway je.





Ini ler bilik anak2 dara itew. Lagi satu Master Bedroom and satu lagi kitorang buat bilik study cum guest room.

Dan ini, salah satu ruang dapur dan jadi tempat menghapdet FB sambil tengok TV kat connecting window antara dapur ngan living room.

Alhamdulillah, lepas 4 bulan kat sini, tak de sebarang masalah yang kitorang hadapi samada dengan rumah atau pun jiran tetangga. Sekolah bebudak ni pun dekat giler dan boleh jalan kaki je. Klinik GP pun satu jalan ngan sekolah dan everything kira berdekatan. Lauk-pauk halal pun mudah sangat nak dapat kat sini sebab East London ni ramai orang Pakistan yang meniaga ayam, daging dan ikan2. So, bab makan, memang tak de masalah cuma ada satu dua jenis barang je lah yang susah nak dapat tapi tu semua tak jadi hal sangat.

Ok, next episod kita citerpasal jalan2 kat London pulak lah eh.


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment