Wednesday, October 5, 2011

Episod Pertama di London

Salam,
Lama betul tak mencoretkan sesuatu kat sini. Bukan sebab tak de masa, padahal masa tersangatlah freenya kat sini cuma proses pindah randah ngan connection internet dan macam2 lagi, maka asyik tertangguh je nak cerita pasal pengalaman pertama jejak kaki ke London ni.

 Kalau betul2 nak cerita,memang tak tertulis rasanya, tapi biarlah gambar2 ni je yang menceritakan segala2nya.

 
Ni pepagi masa sampai kat KLIA, tengah sibuk menguruskan pertukaran seat anak2 aku, tapi tak berjaya sebab seat dah fully booked so cuma boleh berdoa dapat tukar masa dalam flight nanti. (Ini pun satu cerita sensasi tapi malaslah nak citer lagi benda yang menyakitkan hati ni kan)
Sebahagian barang yang kitorang bawak.Macam nak balik negeri kan?? Yelah, kalau selalu kitorang travel seminggu pun bawak 1 beg besar, ini kan pulak nak duduk setahun :)
Wajah2 yang bakal ditinggalkan..huhu..sedey..tapi tak larat nak nangis sebab mata ku sangat mengantuk. Mengemas rumah sampai tak tido.
En hubby lagi kesian, 2 hari straight tak tido mengemas rumah yang nak ditinggalkan. 

Muka anak omak ni hee..

Last bergambar sebelum naik train. Sebenarnya ni kawasan larangan bergambar, nasib baik lah kat Malaysia lagi, kalau kat London, mau dah kena hantar balik.
Hii..akhirnya dapat jugak arrange bebudak ni duduk sekali. Nasib baiklah passenger yang nak tukar tu pun jalan sorang2 je.
Oh ya, memang sangat best lah Business Class ni, layanan ngalahkan Raja, makan tak berhenti, tidur pun rasa macam tidur kat rumah. Nasib baik 18 jam perjalanan ,merasa lah semua facilities tu.

Mana tak jet lagged, journey 18 jam. Bertolak kul 10 pagi tapi sampai London kul 3.30 petang, padahal kalau kat Malaysia dah nak dekat tengah malam.

First gambar lepas jejak kaki kat Heathrow. Tapi ini Terminal berapa tah, so tak lah really kat Heathrow yang sibuk tu. Tu yang terus rasa KLIA lagi hebat..Malaysiaku terchenta :)

Ini rumah persinggahan pertama kat London.

Bangun tido terus gi jalan ke Oxford Street, cuci mata je.

Ni pulak tempat persinggahan kedua dekat Canning town East London. Hotel ni dekat ngan Sungai Thames,so tersangat lah sejuk especially petang ke malam.
 Mulai saat ni kira misi mencari rumah pun bermula. Ingat senang je nak dapat rumah kat sini tapi banyak tul prosesnya, Kitorang duduk kat sini 8 hari je, so makin nak dekat tarikh checkout tu memang makin gelabah sebab rumah still tak dapat2 lagi.

Dalam duk pening2 tu still sempat lagi berjalan ke Legoland kat Windsor ni. Tapi sebab hati duk gundah gulana, pastu sampai pun dah nak petang dan nak hujan so sekejap je lah dapat berjalan. Next time memang nak kena repeat lagi.
Bebudak memang paling seronok lah kalau bawak ke sini. Bapak budak pun seronok jugak :)

Walau apapun,jadi bebudak jugak yang senang, tak pikir apa pun, happy je. Mak bapak yang berpusing kepala otak memikir mana nak tinggal lepas ni.

Dalam pada tu urusan nak register University still kena buat. So ni lah rupa tempat belajar aku yang baru. Docklands Campus ni kira campus baru, yang lama kat Stratford. So serba-serbi memang baru kat sini.

Yang bestnya dia betul2 sepanjang Sungai Thames, so angin memang kuat tak ingat punya. Walaupun panas tapi sejuk giler kat sini. Kalau tetiba time angin kuat, boleh tergolek jugak ni.
So berakhirlah episod pertama kitorang kat London. At the time this picture was taken, kitorang ni masih berkelana lagi tapi still boleh lagi berjalan merata. Next episod kira dah dapat rumah lah tapi panjang gak sifir2nya tu.


2 tengah makan stoberri:

ajeq said... [Reply to Comments]

Waa lama jgk tunggu n3 orang london ni...syioknyaaaa kalo boleh smpai sana....

Anna said... [Reply to Comments]

Haha..ingatkan tak singgah dah kat sini.

Post a Comment