Pages

Thursday, January 13, 2011

Manusia Memang Tamak

Aku memang suka buat kek dan apa saja bentuk makanan yang manis2, comel2, kiut-miut, warna-warni dan macam-macam lagi lah.

Ini orang lain buat ek..pic from google.
Yang aku buat bleh tegok kat SINI

Sebab tu tahun 2011 ni aku berazam dengan semangat nya untuk mengumpul barang-barang yang dah lama ku idam-idamkan. Adakah azam aku akan tercapai tahun ni? (he..he..macam serius sangat azamnya kan). Eh..memang serius..ini betul2 kejadian..bukan cobaan. Walaupun aku sedia maklum, barangan yang cantik ini tidak lah menjanjikan makanan yang aku hasilkan akan jadi lebih sedap dari biasa (ok mengaku sangatlah yang kek aku buat tu sedap...sila masuk bakul dan gigih angkat sendiri..), tapi..tak de sebab musabab lain pun, aku memang nak jugak...
Ini memang idaman kolbu..paling mahal dan paling cantekkk.... Walaupun mixer aku sekarang tidak secantik ni tapi dah banyak menabur jasa...tu pun aku nak jugak yang ni..camno?





Aku nak apron pink gambar cupcake ni - baru semangat nak bakar kek.




Tak pun yang ni..hmm..seksi je walaupun di dapur :)

Nak mangkuk kaler ni jugak. Walaupun ia tidak akan mengubah rasa kek aku, tapi..aku nak jugak.
Nak mitten ni - sangat comel.
Tak pun yang ni, sangat shweett..

Nak cupcake mould ni banyak2..sungguh tamak kan manusia ni...
Nak measuring tools macam ni, menambah kecintaan pada setiap bancuhan..erk..ye ke?
Nak semua baking tools kaler ni..suka..suka..suka

Nak yang ni jugak, walaupun tak de kena mengena sangat lah dengan bab2 membaking ni. 
Tapi dah memang sifat manusia yang tamak haloba kan, semua benda nak, walaupun tak selalu guna, yang penting ada depan mata. Selagi tak dapat, selagi tu teringat2....Macam mana nak bagi lupa...

2 tengah makan stoberri:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ana.. kalau tgk kau.. tak macam orang gila pink pun.. tapi, ropa-ropanya.. heheheh

Anna said... [Reply to Comments]

Wakaka...aku kan pandai berlakon...nampak je ganas tapi dalam hati bertaman bunga..he.he..

Post a Comment