Pages

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Sedih Yang Gemilang


Dah tengok ke drama Gemilang ni? Aku tengok pun secara kebetulan, bila nak sampai setengah tu rasa tak sanggup pulak nak tengok...sedey lah. Tersentuh sungguh naluri keibuan aku. Ish...memang best lah. Drama ni arahan Khabir Bhatia, so boleh agaklah citer ni akan meletops macam drama Nur Kasih dulu tu.

Budak2 tecik tu pun memang pandai berlakon. Sedih betul bila adik-beradik terpaksa dipisahkan sebab kesempitan hidup kan. Tapi itu lah realiti yang terjadi pada masyarakat kita.

Sinopsis Cerita:-

Kisah berkisar tahun 1976. Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah – untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran – tapi perjalanannya masih belum pasti. Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya. Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri. Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini. 

Sinopsis Episod 1:-

Saifullah berumur 10 tahun dan seorang yang budak yang bijak. Pada suatu hari, dia pulang ke rumah dan mendapati ayahnya, Ali, sedang menangis. Lah bersembunyi supaya ayahnya tidak sedar akan kehadiran Lah. Sejenak kemudian, apabila dia masuk ke rumah, ayahnya memberitahu berita buruk mengenai kematian ibunya. Ibunya meninggal dunia semasa melahirkan adik kepada Saifullah. Ayah Lah menyuruh Lah berhenti dari belajar dan menjaga tiga lagi adik beradiknya. Lah mengangguk dan akan berbuat begitu tanpa ragu-ragu. Lah sedia memikul tanggungjawab itu. Tetapi tuaian sawah padi tidak menentu menyebabkan ayah Lah tidak dapat menyara keluarganya. Ali terpaksa membuat keputusan yang agak sukar, iaitu melepaskan anak-anaknya pergi. Lah dan adik-beradiknya merayu supaya tidak dilakukan sedemikian tetapi Ali nekad dengan keputusannya. Lah hanya mampu melihat satu demi satu adik-adiknya dibawa pergi oleh keluarga angkat masing-masing. (Wa..mak nangis berbaldi-baldi ni..)


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment