Pages

Sunday, January 2, 2011

Aktor Faizal Yusof Meninggal Di Usia Muda

Aku ni memang jarang sikit cerita pasal artis, bukan tak suka cuma kalau nak baca gossip pasal artis kat Malaysia ke luar Malaysia ke, boleh baca kat banyak giler blog2 yang memang khusus kumpul cerita pasal artis ni. 

Tapi kali ni lain sikit. Korang kenal tak pelakon lelaki kat atas ni. Dia ni mantan suami Siti Nordiana - Faizal Yusof. Kalau tak kenal gak, petang2 cuba tengok slot drama kat TV3 yang baru - Tiramisu lakonan Sharifah Amani dan Pierre Andre tu. Aku baru baca kat The Star yang dia baru sahaja menyahut seruan Ilahi sebab serangan jantung. Umur dia baru 32 tahun and wife baru dia pun sedang mengandung 5 bulan.

Apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya aku agak risau dengan trend artis  mahupun bukan artis yang meninggal mengejut pada usia yang masih muda. Kalau dulu orang yang meninggal sebab serangan jantung ni yang dah umur macam bapak2 kita atau atuk2 kita je, tapi sekarang ni budak sekolah pun ada yang kena serangan jantung. Adakah kerana kurang bersenam atau terlalu banyak mengambil makanan segera maka mati pun jadi segera? Nauzubillah...semoga dijauhkan.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment