Pages

Monday, November 15, 2010

Jom Kita Ganyang Dia

Jangan terkujat, bukan nak ganyang orang, tapi ganyang nyamuk aedes pembawa penyakit denggi ni. Bila baca Blog Pak Nil yang tengah sibuk ganyang mengganyang nyamuk ni, terpanggil lak nak wat entry pasal nyamuk durjana ni.
Ini le rupa ko yang perasan cantek lah sebab belang2 hitam putih kan. Walaupun aku suka gak kaler belang2 gini tapi dengan dia ni aku tak suka. Kalau jumpa menatang kaler cam ni, cepat2 ler gi sembur bagi mati sebelum kita yang m... Nauzubillah.

Meh kita tengok kat bawah ni langhak2 nak cegah eades bedebah ni. Erk..yang ni kopi pes yer sebab berilmiah sikit :)


Perlindungan dari gigitan nyamuk
 
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elak dari melawat kawasan yang berisiko

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang. Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.


 Jom kita sama-sama Ganyang Aedes untuk kesihatan kita bersama.

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU :: EDISI TERHANGAT

Salam semua, kali ni nak buat entry khas macam tajuk kat atas.  

Kalau dah nama pun jom berkenalan, maka sila lah singgah ke blog yang tak seberapa ni untuk menambah kenalan sesama kita. Blog ni baru je wujud. Walaupun namanya Stoberri Coklat, tapi isi kandungannya bukan sekadar citer makanan. Semua benda pun ada dalam ni. Kalau nak tau, rajin2 le singgah ye.

Kepada Blogger lain : Jom join kat SINI ye - masyuk ni :)





Sunday, November 7, 2010

Holiday Lunch Mesti Cuba

Resepi ketam yang sungguh lah mudah, tak letih nak masak dan sangat lah enak ;) Tak caya boleh cuba. Sumber reseopi dari kawanku Tina tapi dah ku modify ikut kesesuaian tekak ku hi..hi.

Ketam 3 Rasa

Bahan-bahannya:-

3 ekor ketam potong 4 (boleh mintak tukang jual tu potongkan kat pasar ye)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih cincang
1/2 inci halia (agak2 sebesar ibu jari sendiri)
1/4 biji nenas (Kalau nak senang beli je nenas kiub dalam tin tu, guna sikit je, balance boleh buat air nenas)
Sos Cili (Ikut suka nak letak banyak mana)
6 -7 tangkai cili padi (Nak lagi pedas, letak banyak sikit)
2 biji cili merah (Ni pun ikut suka)
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Memula goreng ketam tanpa minyak dalam kuali sampai agak kemerahan, angkat dan ketepikan;
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia tadi sampai naik bau;
3. Masukkan sos tiram, tumis dan masukkan pula sos cili dan terus tumis;
4. Boleh masukkan garam dan gula sekarang;
5. Masukkan cili merah,nenas dan cili padi;
6. Masukkan ketam tadi dan gaul sebati;
7. kalau nak berkuah sikit, boleh masukkan sikit air.
8. Dah sebati dan masak ketam tu, bolehlah angkat dan hidang.

Lauk ni, makan ngan nasi panas memang masyuk. Makan cam tu je pun masyuk jugak. Selamat mencuba.