Pages

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Simple Buka Puasa

Huh..pejam celik pejam celik, pejam lagi tup tup dah masuk 15 hari rupanya kita puasa kan. Rasanya tahun ni memang masa makin cepat berlalu. Selalunya aku sempat lagi nak menghitung hari, kali ni tau2 je dah setengah bulan puasa. 

Anyway, bulan2 puasa ni teringat masa puasa kat London last year. 1st time puasa selama 17 jam. Berbuka dekat pukul 9 malam, sahur pulak dalam pukul 2 ke 3 pagi. Walaupun macam tu, suasana puasa kat sana still meriah, walaupun takdelah Bazar Ramadhan atau jualan baju2 raya ke apa, tapi majlis buka puasa tetap ada. Kengkadang tu dah macam kenduri pun ya. Again, masa tu aku kira full time house wife, so every time nak berbuka macam2 lah masakan yang aku nak masak. Maklumlah, waktu puasa panjang sangat, sampai ke malam, maka banyak lah makanan yang boleh di masak. Tapi yang peliknya, masa kat sana, hari2 nak masak masakan Malaysia, tapi bila dah duduk Malaysia ni, hari2 nak masak omputeh je sebab mudah dan ringkas. Macam-macam lah kan.

By the way, bila masuk bulan puasa ni, ramai lah umat manusia yang berduyun-duyun balik time yang sama, maka semakin sesaklah jalan nak balik ke rumah. Kalau aku keluar office pukul 5 tepat, dalam pukul 6.50 petang baru sampai rumah. Hazabnya lah menempuh jem bulan2 puasa ni. So for the 1st 1 week memang makan lauk Param je lah (Pasar Ramadhan). Tapi lepas pihak PLUS buka laluan kontra setiap petang ni, barulah bernafas sikit. So, kalau keluar office pukul 5, paling cepat aku boleh sampai rumah pukul 5.50 petang. Lepas ambik bebudak kat nursery, mandi dan siap itu ini bagai, boleh lah start masak pukul 6.30 petang. Disebabkan cuma ada kurang dari sejam je nak masak, maka lauk yang paling cepat mestilah lauk2 omputeh ni kan. Lagipun, ah kak bukannya ada maid nak tolong pesiapkan segala rencah bagai, semua nak kena buat sendiri, maka kita makan ala kadar je lah. Nasib jugak bulan2 puasa ni en. hubby memang tak mau makan nasi..diet katanya and anak2 of courselah memang jenis kurang sangat bab2 makan ni, so, senanglah sikit nak mencarakan menunya. Diorang ni kalau dapat minum air satu jag pun dah ok.

Hokay, kat sini kita selitlah sikit menu2 ringkas yang boleh di cuba kalau berminat.


Fried Seafood Fettuccini

Ni kalau ikut resepi asalnya guna spaghetti, tapi sebab stock fettuccini je yang ada, belasah je lah. Kalau nak pakai pasta jenis lain pun boleh je.

Fried Seafood Fettuccini (Nama Asal: Spaghetti Semarak Cinta.....boleh gitew..awww)
Sumber : Buku Makan Malam Romantis (Haha..tajuk buku tak hengat) 

Bahan-Bahan:-

Sedikit minyak zaitun (minyak biasa pun boleh tp kurang kick)
4 ulas bawang putih di cincang
1 labu bawang holand di hiris
5 kuntum cendawan butang (yang dlam tin)
1 sudu teh herba thyme (boleh je ganti dengan apa yang ada ie. oregano, basil, etc)
3 biji cili merah dicincang (ai buang bijinya)
1 sedu teh serbuk pati ayam
1 tun tuna mayonis
1/2 paket spaghetti direbus (ikut kadar keramaian rakyat jelata dlm rumah masing2)
1/2 biji lemon
1 pokok daun saderi atau daun sup di hiris

Cara :

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cendawan butang, herba thyme dan cili merah, kacau rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam, kacau hingga cendawan layu. Padamkan api dan ketepikan.
4. Gaulkan tuna mayonis dengan spaghetti dalam mangkuk berasingan hingga sebati. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi, kacau rata.
5. Perahkan lemon dan hias dengan daun saderi.

Ok, dah siap untuk di makan. Kalau nak tambah udang ke sotong pun boleh je. Macam aku masak ni letak segala udang ngan sotong. Cara sama je, tumis udang ngan sotong dulu, baru masak cendawan.

Hokay, esok2 kita share resepi lain pulak ek. Ai nak masuk tido dulu, kejap lagi nak bangun pulak bersahur.


Tuesday, June 4, 2013

Our School Holiday Weekend

Huhu..cuti sekolah dah seminggu pun berlalu, cepat betul rasanya. Minggu ni dah nak masuk minggu kedua. Cuti2 sekolah ni bagi yang bekerja macam aku ni memang heaven lah sikit sebab kalau keluar lambat pun pepagi aku still boleh masuk ikut time. Kalau time tak cuti sekolah, jangan lah gatal2 nak lambat seminit, mau sejam tersangkut kat jalan.

Anyway, minggu pertama cuti ni kitorang memerap je kat rumah. Bebudak ni pun yang besar2 semua di export ke rumah kakak ipar sebab kakak iparku itu cikgu, maka cuti sekolah cam ni dia ada kat rumah and cousin2 bebudak ni semua ada kat rumah. Tu pun dah kira holiday lah untuk bebudak tu haha..bajet tul mak bapak ko nak. Bukan tak nak bawak berjalan, tapi mak pak masing2 banyak je acara dan cuti2 sekolah panjang ni memang dah sedia maklum semua tempat pun almost fully booked. A ba then, kitorang dah booked pun nak ke Pangkor minggu ni. Itu pun kerja last minit, nasib baik lah ada seketul bilik.

By the way, weekend hari tu aku decide nak main masak2 ngan bebudak ni. Dah lama diorang duk mengenen nak buat cookies and cakes ni cuma omak kau ni busy dengan order maka tertangguh2 lah projek untuk diorang ni. Since cuti2 ni ramai orang pun gi bercuti, maka free lah sikit mak kau ni. Kali ni pun bagi diorang buat cookies jugak tapi yang ceria sikit.


Si tenit Hana Marissa tu pun ado menyelit sebab baru bangun tido, belum bagi nenen lagi. Uminya tengah sibuk nak menyiapkan segala bahan bagai untuk kakak2 ngan abang nya yang dah tak sabar2 lagi nak mengukis.

Ni entah apa pesen lah bergambar si Aliff ni. Tangan nak letak kat dagu bagai.


Ok, kita kasi can semua orang timbang bahan masing2 ya, ikut turn. Kakak tukang tengok digital scale, dah cukup ke belum.

Hana Marissa yang kebosanan menunggu..bilalah nak nenen ni wakaka..

"Apa yang penting kerjasama"

"Satu untuk biskut, satu untuk Aliff...ee....Aliff makan M&M ni nanti..haha..."



Kusyuk nau lah masing2.

Ok, sila angkat tray masing2 ya. Bangga woo..dapat buat cookies sendiri.



Ini lah hasilnya, saya buat, saya makan paling banyak yay...haha....

Ok, sesi buat cookies minggu ni berjaya dengan hasil yang agak memeberangsangkan. Maybe next projek buat cupcakes pulak.


Sunday, November 7, 2010

Holiday Lunch Mesti Cuba

Resepi ketam yang sungguh lah mudah, tak letih nak masak dan sangat lah enak ;) Tak caya boleh cuba. Sumber reseopi dari kawanku Tina tapi dah ku modify ikut kesesuaian tekak ku hi..hi.

Ketam 3 Rasa

Bahan-bahannya:-

3 ekor ketam potong 4 (boleh mintak tukang jual tu potongkan kat pasar ye)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih cincang
1/2 inci halia (agak2 sebesar ibu jari sendiri)
1/4 biji nenas (Kalau nak senang beli je nenas kiub dalam tin tu, guna sikit je, balance boleh buat air nenas)
Sos Cili (Ikut suka nak letak banyak mana)
6 -7 tangkai cili padi (Nak lagi pedas, letak banyak sikit)
2 biji cili merah (Ni pun ikut suka)
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Memula goreng ketam tanpa minyak dalam kuali sampai agak kemerahan, angkat dan ketepikan;
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia tadi sampai naik bau;
3. Masukkan sos tiram, tumis dan masukkan pula sos cili dan terus tumis;
4. Boleh masukkan garam dan gula sekarang;
5. Masukkan cili merah,nenas dan cili padi;
6. Masukkan ketam tadi dan gaul sebati;
7. kalau nak berkuah sikit, boleh masukkan sikit air.
8. Dah sebati dan masak ketam tu, bolehlah angkat dan hidang.

Lauk ni, makan ngan nasi panas memang masyuk. Makan cam tu je pun masyuk jugak. Selamat mencuba.

Sunday, August 22, 2010

Lempeng Omputeh

Bulan posa ni memang pening pikir nak masak apa. Bukan apa, time dah lah limited tak campur ngan macam2 urusan kerja, rumah, anak2 n extra..extra..extra lagi. Satu lagi bab malas, masyaAllah memang tahap gaban tul. Pagi tadi sian lak tengok anak daraku yang sorang tu asyik minum susu je. Nak masak nasik, kena lak masak lauknya kan.  Bab nak masak lauk awal2 ni yang malas. Since nak buka lambat lagi ingat petang2 sikit le baru masak. Apa lagi supaya tak kebulur anak aku tu, masak lah lempeng omputeh ni (pancake le tew). Resepinya pun simple je. Kalau nak cuba boleh aje sebab resepi ni pun aku google je kat tenet.

Bahan :-

3 sudu besar butter dicairkan
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula kastor
1 cawan susu segar atau bancuhan susu tepung pun boleh

Caranya :-

Campur semua bahan dalam 1 bekas dan gaul sebati guna ballon whisk je.
Biarkan jap selama 10 minit pastu dah boleh goreng dlm frying pan sampai masak.
Hidanglah dengan maple syrup ke or any jem ikut suka.

Selamat memasak.