Pages

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Aku Dan Ephyra

Tajuk, drama sangat kan. Actually dah lama nak tulis pasal Ephyra ni. Bukan apa, saje jadi rujukan. Kut2 lah esok2 aku dah tak mampu nak makan ephyra ni lagi. Maklumlah rege sekotak RM197 untuk minum sebulan. Kalau setakat gaji kuli macam aku ni memang kena berkira lah jugak nak maintain RM197 sebulan. Itu baru satu seksyen, belum masuk lagi seksyen2 lain yang nak kena maintain tiap2 bulan, hui...bengkok ahkak wei. Tapi, nak cantik punya pasal, pejam je lah sebelah mata... 

Okies, memula aku beli trial pack je sebab before this memang dah ambik collagen product yang lain tapi mostly tahan sampai kotak kedua je lepas tu dah malas nak continue sebab kengkadang tak de stok kat kedai. Dalam pada duk telan collagen yang lain tu, baca gak testimoni pasal Ephyra ni. Of course lah, semua testimoni best jer..bisa menggoncang perasaan punya. Since aku ni kan memang suka membeli, pantang ada je orang menjual, aku pasti membeli, maka aku pun belilah Ephyra ni.


After seminggu minum Ephyra ni, dah boleh rasa perubahan walaupun tak berapa nak ketara sebab minum sehari sekali je. Kalau nak hasil yang maksimum, kena minum sehari 2 kali yakni pagi sebelum makan and malam sebelum tidur. Ephyra ni memang kena ambik waktu perut kosong dan kena bayak minum air suam untuk kadar serapan maksimum. Aku ni dah lah memang malas minum air kosong, kalau air kopi memang laju jer. Tapi pantang Ephyra dan almost all types of vitamin ialah minuman bercaffein. So, terpaksalah ai kurangkan minum kopi. Kalau nak minum jugak kena jarak-jarakkan waktu selepas or sebelum minum Ephyra ni. 

Rupa ephyra yang dah dibancuh - rasa oren sedap. Memula minum memang rasa ubat sikit, tapi dah masuk berkotak2 ni dah tak rasa ubat, tapi rasa sedap hihi..statement tak boleh blah. Anak2 aku pun suka minum ephyra ni. So sekali bancuh ni boleh lah dikongsi bersama anak2 tersayang dengan ucapan semoga kita awet muda bersama-sama :)
 
Okies, after kira2 sekotak, this is the maximum effect yang aku rasa:-

1. Kuku - Kuku jadi makin berkilat ala2 lepas buat treatment pulak.
2. Rambut - My hair jenis yang wavy dan jika lepas bersyampu dia akan kering dan mengembang. Tapi memang paling suka kesan yang ni sebab rambut jadi lebih halus dan kuncup wakaka...boleh kuncup? Ye lah, selalu kembang macam singa je, tetiba kuncup macam baru lepas buat treatment / blow kat saloon, mestilah suka. Yang ni memang sampai sekarang, rambutku maintain. Nak potong rambut pendek pun dah tak risau sebab rambut tu maintain je kedudukan dia macam lepas gunting kat saloon...hee....suka2.
3. Kulit - At the age of 37 dengan anak 4 (tak cukup tidur of course) dan tabii yang tak suka minum air kosong, memang mengeringkan kulit dan kulit lebih cepat berkedut. Tak yah tunggu umur 37 pun dah boleh nampak gitu. Tapi lepas minum Ephyra dan kena kuat minum air suam, kulit memang seriusly rasa sangat tegang especially tang dahi dan lebih halus. Kalau tak pakai mekap or any cream kecantikan pun, kulit nampak bersih. Yang ni pun sangat suka hee...awet muda gitu.
4. Keputihan - I have this problem sejak anak dara lagi. Orang kata lepas bersalin dia akan hilang, tapi not to me. In fact kalau stress or penat, lagi banyak dia keluar..BUT..lepas ambik ephyra..no more. Memang terkejut, sebab dari dulu dah macam2 jenis ubat / jamu duk telan siap dapat side effect lagi sebab makan jamu keputihan punya pasal, tapi keputihan tu still tak hilang. Tapi lepas ambik ephyra, memang hilang sedikit demi sedikit. Now kalau tak pakai panty liner pun dah rasa selesa.
5. Tenaga - Yang ni varies ikut orang. As for me, nak kata terlalu bertenaga tu tak lah, tapi tak lah sampai mengantuk ya amat macam yang sesetengah orang rasa tu. Tapi bab tidur, memang boleh tidur lena. Tapi kalau tak tidur, memang boleh berjaga dengan jayanya wakaka....
6. Imunisasi - Yang ni mungkin jugak sebab sejak lepas bersalin hari tu rasanya dah lama tak demam2, paling teruk pun batuk sebab banyak minum ais masa bulan posa n raya hari tu je.

Hmm....banyak jugaklah kesan ephyra ni kat aku kalau nak ikutkan. So far aku dah makan 5 kotak dan Alhamdulillah, kesan2 yang kat atas tu still maintain dan aku still dapat rasa sampai sekarang.

Ok, yang ni adalah standard ingredient dan kelebihan Ephyra ni yang boleh di google dari internet. Tapi effect dia memang akan varies ikut individu. Tak semua akan rasa effect yang sama dan dalam jangka waktu yang sama but more or less, this is at least what the changes that each individual will feel.

Ingredient Ephyra :
  • Collagen laut dalam - collagen tulen yan dihasilkan daripada spesis ikan putih laut dalam daripada Perancis. So ikan laut dalam bebas daripada pencemaran alam sekitar.
  • Acai Berry 
  • Acasia Gum
  • L-Glutatione
  • Asthaxanthin
  • Serbuk tomato
  • Ceri Accerola
  • Ekstrak Bunga Marigold
  • Superberi
 Kelebihan Ephyra :

  • Menjadikan kulit lebih anjal, halus and cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Formula anti penuaan yang berkesan
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
  • Melancarkan system pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan system imunisasi
  • Mengatasi masalah insomnia
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan metobolisma
  • Melegakan sakit dan radang sendi
  • Menjaga kesihatan kardivaskular
Aku beli aku punya stok dari Diana. Aku suka beli kat dia sebab dia akan buat promo harga murah. Tak pun, dia akan bagi macam2 free gift. Contohnya yang terbaru dia buat promo Harga Runtuh 2.0. Kalau ikutkan harga Ephyra sekotak sekarang RM197. Dengan promo ni, beli 3 kotak pada harga RM500. Kira jatuh sekotak dalam RM166+. Berbaloi?? Memang ler berbaloi, siap dapat free gift lagi tu. Hari tu aku beli 3 kotak @RM590 dapat sekali shaker, handbag organizer dan bag Hello Kitty. Kali ni dapat handbag organizer je. Tapi aku suka handbag organizer tu, organize sikit barang2 dalam bag aku tu macam ni.

So, sapa2 nak awet muda macam ai (kunun) dan  nak beli ephyra harga murah, boleh terjah blog Diana minggu ni sebab promo tu tengah berlangsung untuk minggu ni dan untuk tahun ni saja. Tahun depan tak tentu lagi ada promo macam tu ke tidak hee....
 


Friday, January 14, 2011

Apple Tak Lebam Lagi


An apple a day keeps the doctors aaway..shoh..shoh..eh, cam tu boleh ke? Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal khasiat buah apple ni sebab rasanya ramai yang dah tau kebaikan buah apple ni kan kalau tak tak wujud lah pepatah tu tadi.

Cuma nak berkongsi petua nenek kebayan yang simple ni je. Cuba kita potong applel, susun cantik-cantik dalam pinggan pastu lepas 20 minit baru makan. Macam mana rupa apple tu? Ceh..macm teka teki lak. Mesti rupa dia jadi cam ni kan?

Ha, meh sini nak bagi petua camana nak bagi apple tu maintain je kejelitaannya. Memula ambik semangkuk air dan tabur sedikit garam. Jangan banyak2 kang kena darah tinggi lak. Lepas tu rendam le apple kat dalam air tu dalam beberapa minit. Lepas tu boleh lah dihidang. Nescaya apple tu akan sentiasa muda remaja. Paling koman pun, tak lah baru 10 minit dah jadi kuning macam gambar di atas. At least tahan lah sikit jangka hayatnya. 

Sila cuba...jangan tak cuba :)

Thursday, November 18, 2010

Beauty Makeover Terover

Huish..tengah syok2 wat keje pagi tadi.(syok ke?) tetiba dapat phone call dari nombor yang tak de dalam list. Aku memang malas nak layan nombor2 yang pelik2 ni tapi pagi tadi jiwa murni lak nak angkat. Tetiba minah kat dalam tepon tu cakap "Hye, I'm from Cleo Magazine, just to let you know that your seat for ZA Beauty Makeover have been confirmed, congratulation. See you this Saturday".

Yay!!! Dapat main mekap-mekap! Tak sia2 hantar borang awal2. So nanti aku tepek ler kat sini gambo event tu nanti untuk tatapan umum :) Pompuan kan emang suka benda2 cam ni. Kalau tengok artis2 barat tu tak ler lawa mana tapi bila dah tepek ngan mekap 4, 5 inci lawa le jadi nya. Tak caya? Cuba tengok ni.

Korang kenal ke sape minah ni? 

Tapi kalau minah ni misi mustahil le kalau tak kenal kan?

Jadi, kita tunggu lah outcome hari Sabtu ni ye. Adakah beauty makeover boleh menjadikan 2 makhluk yang berbeza ini sama tapi tak serupa??? Sapa tahu?




Tuesday, October 12, 2010

Petua Cik Seri Siantan Part 1 - Bibir Kering

Hmm..cun tak bibir mak? Wakaka...jangan cepat terpedaya. Gambar diatas adalah hiasan semata-mata. Tapi kalau bibir aku cantik macam ni perghh...best ..best. Apa yang best? Hanya aku dan tut je yang tau..wakaka..(gelak lagi).

Actually masalah bibir kering ni aku rasa semua orang pun akan alami. Even anak aku baru umur 6 tahun pun  ada masalah bibir kering ni. Orang pompuan adalah golongan yang lebih banyak terkena penyakit ni dan kalau kita semakin memanjat tangga umur maka macam-macam masalah kekeringan lagi yang akan kita alami.

Bibir kering ni boleh terjadi kalau kita selalu terdedah pada cuaca panas terik, atau selalu duk dalam aircond, suka jilat bibir konon nak bagi basah le tapi tabiat tu le yang lagi buat bibir jadi kering, selalu makan makanan sampah a.k.a junk food (urghh..sounds wierd kalau translate kan?) yang banyak mengandungi garam..garam..garam...A big NO..NO..okay atau kurang minum air.

So, kalau rasa nak bibir meletops macam Angelina Jolie tu :-
Nombor SATU : Minum air banyak-banyak. Air putih jernih macam kat atas ni ye, bukan air kaler-kaler.
Nombor DUA : Kurangkan makan sampah ni ye. Eh..junk food ni ye. Bukan tak boleh makan langsung, aku pun suka gak makan benda ni sebenarnya tapi cuba kurangkan. Less is always BETTER.


Nombor TIGA : Yang ni boleh makan selalu tapi still bukan banyak-banyak. Everything must be MODERATE.


Nombor EMPAT : Senang je nih. Boleh dapatkan dimana-mana Farmasi berdekatan anda. Iklan layanan masyarakat ini ditaja oleh AKU. Pick a good lip balm. Kat atas ni pilihan aku. Aku dah lama pakai Bioglo Cherry Pink Lip ni. Beli je kat mana-mana kedai Cosway ye. Yang aku suka Cherry Pink ni sebab bila pakai kat bibir terus jadi pink. So, kalau aku tak pakai lipstick pun takpe, takkan nampak pucat. Satu lagi Vaselin Lip Therapy perisa Cherry...aku SUKA sebab rasa cherry. Kalau tak nak yang rasa cherry pun tak pe. Beli yang original. Yang ni tak de kaler tapi bibir rasa moist je. Pakai benda ni sebelum pakai lipstick. It will protect your lips all day long..InsyaAllah. Telah terbukti berkesan, dijamin oleh Lever Brothers :)