Pages

Tuesday, May 31, 2011

Naik Lagi

 

Kadar elektrik naik mulai 1 Jun 2011 yakni esok ya....

Hadoi, sejak dua menjak ni semua benda naik, takde yang turun..hujan pun dah makin jarang turun. Ni tarif elektrik pulak nak naik. Bukannya deme tak tau kat Malaysia ni pantang ada benda yang naik sikit esok lusa semua harga barang nak naik. Habis kita yang kerja makan gaji ni lama2 nak makan apa kalau semua naik, tapi gaji duk kat takuk tu jugak.  


Kadar tarif elektrik ni akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj. Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. - BERNAMA

Aku tak sure lah aku ni terjejas ke tidak tapi kalau dulu masa pakai seketul aircond pun bil bulan2 cecah seratus lebih sebulan, inikan pulak sekarang dengan aku yang makin rancak membakar kek setiap malam dan aircond pun dah tambah lagi satu, bil bulan2 cecah dekat RM300 jugak. Camana lah akak nak kayo gini heee....

Neway, yang naik tu of course lah payah nak turun kan, apa kata kita cuba tips jimat letrik yang aku kutip kat Internet ni buat pengubat luka :(

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut; Ok check.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah; Bab ni payah sikit, kalau dah semua lampu tutup mau cik penyamun lak datang bertandang..

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan;

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin; Hui, ni pun sukar tambah ngan cuaca yang panas berdeting sekarang ni...

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat;

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi;

7. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya cuaca panas terik;


8. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang;


9. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi 10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga;


10. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada soket untuk mengurangkan aliran keluar tenagam jika tidak menggunakan televusyen dan komputer;


11. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang; dan



12. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.



0 tengah makan stoberri:

Post a Comment