Pages

Sunday, March 13, 2011

Finally A Doctor In The House

Hah...lama sudah aku tunggu nak dapatkan buku ni. Mungkin tak lah sesusah mana cuma sebab dalam 6 minggu ni aku duk berkepuk kat INTAN dan hampir seluruh masa memang occupied ngan macam-macam aktiviti sampai aku tak de masa langsung nak shopping. In a way bagus lah untuk aku, merasa lah jugak tengok baki duit dalam akaun bank tu macam ala-ala tak berusik lepas tolak semua hutang piutang yang wajib di bayar tu.

Hari tu masa aku gi window shopping kat kedai koperasi INTAN..punyalah hampes kalau dah jenis tak boleh pegang duit tu kan, kat koperasi INTAN pun jadi ler, ada lah aku dengar orang siap nak booking beli buku ni sebab cepat giler habis. Aku pun ingat nak booked jugak tapi akak tu macam tak nak terima je. Bukan sebab aku setakat nak booked guna ayaq liuq tapi dia takut tak sampai dalam kuantiti yang banyak. So okay lah, justifiable to me.

So last saturday lepas kelas tennis Dalea, aku terus gi Alamanda. Since aku sampai pagi..alal2 Alamanda tu pun memang baru bukak dan kebetulan ada lak MPH tengah buat sale so aku pun hayak lah si Dalea sekali. Tengok punya tengok, ada buku yang aku nak beli ni. Itu pun ada beberapa ketul je. Terus lah aku sambar sambil bertanya pada adik  cashier tu.."Boleh pakai Credit Card kan dik?" Adik tu pun tersenyum siput menjawab "Boleh kak'. Ye lah, pepagi tu mana lah aku bajet nak bawa duit bebanyak, tak teringat pulak nak withdraw dan lagi pun selain harga buku tu RM100, since dah hayak si Dalea sekali, kena pulak rasuah dia barang sebuah dua buku. Pastu nak beli makan lagi, nak amik baju kat dobi lagi...ish...

Anyway, walaupun aku tak tau bila aku nak start baca buku ni sebab buku Malaysia Maverick hari tu pun ada beberapa chapter tak habis lagi, jadi.....tunggu je lah kesudahannya..adakah akan menjadi satu lagi alat perangkap habuk???? Hmmmm....


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment