Pages

Saturday, January 8, 2011

Islamic Montessori

Hari ini ada briefing untuk parents by the teacher of Brainy Bunch Islamic Montessori (sekolah si tecik Lissa). Hmm impress aku ngan cikgu cikgi nya yang memang rata2 the English Accent nya memang kelas gitew.

 Puan Ladyana Zoraya - one of the leading teacher kat Headquarters.

 Encik Fadhil - the owner and founder of Brainy Bunch Islamic Montessori.

Apakah Brainy Bunch dan Islamic Montessori? Kat Brainy Bunch ni, teknik pembelajaran di adopt fully from Montessori method yang dah memang terkenal bertahun-tahun sebagai salah satu teknik pembelajaran untuk kanak-kanak pada tahun-tahun awal (early age learning). Cuma kat sini, di terapkan elemen Islamic which the childrens will be thought on reciting short surah, daily doa, prayers, whudu' and zikir. Which I find interesting and good sebab dengan jadual harian yang sibuk sometimes we as parents memang tak menang tangan nak buat semua tu dengan anak2 yang sedang membesar ni.

Kat sini semua budak2 tecik ni kena pakai kasut, no slippers allowed. Reasonnya untuk ajar anak2 ni cara buka kasut, buka stokin dan letak kasut tu kat rak kasut. At the same time, mengajar anak2 ni kasut mana sebelah kanan dan yang sebelah kiri. The medium of teaching semuanya in ENGLISH. So kalau bebudak tu taak faham, dia akan diajar sampai faham in english. They will not teach the childrens in Bahasa until they can really understand in ENGLISH.

Among the subject yang diajar kat bebudak tu:-

1. EPL (Bukan English Premiere League ya..) - Exercise Practical Life. Meaning bebudak tu akan di ajar apa yang orang dewasa buat setiap hari macam cuci pinggan dan kemas meja lepas makan, macamana nak tuang air dan lain2 but in a way that suit their age and capability.

2. Sensorial - To use their senses dan goes hand in hand dengan EPL tadi. Diorang juga diajar to be independence and orderliness (means kalau ambil barang kat tempat A, mesti letak balik tempat asal).

3. Mathematic - They will learn numbers by touching and visualize. 

4. Language - English medium dan di ajar secara phonetic.

5. Cultural / General Knowledge - They will learn history, geography, biology, science. Dun worry, it will all be thought is a fun manner. Macam main2 je but semuanya LOGIC.

6. Islamic - Like what I mention earlier.

7. Physical - Semua bebudak akan go through short exercise every morning to let the oxygen go inside the brain.

8. Arts & Craft

9. Music and movement

10. Story Telling dan Conversation.

Another cool thing here is there will be no homework like Smart Reader or any other pre-school did. Semua dalam kelas je, kalau ada homework pun just for the sake of bonding the child with the parents. All the child kat sini di campur tak kira  umur tetapi ikut dia punya learning progress. Tak macam Smart Reader (I compare this coz Dalea go to Smart Reader before), bebudak dibahagikan ikut umur dan syllabous. Kat sini, the syllabous will be the same tapi ikut progress budak2.

At the moment, Brainy Bunch ni ada cawangan di Shah Alam, Puchong, Semenyih dan Kota Damansara plus Kajang sahaja. In the near future, diorang akan tambah cawangan dan kepada sesiapa yang berminat nak buka cawangan franchise boleh contact the school.

Untuk permulaan ni aku puas hati lah ngan pre-school ni. Btw, this montessori method ni memang sesuai untuk budak2 yang seawal umur 3 tahun sebab dia akan shape the child's mind ahead.


Thursday, January 6, 2011

iPad Pelbagai Guna

Kegilaan kepada gajet baru macam tablet komputer keluaran Apple telah membuatkan aku pun terpanggil dengan gedix dan tak sabar2 nak juga benda ni walaupun baru sahaja merembat laptop beberapa bulan yang lepas.

iPad ni ada beberapa jenis, yang aku beli ni jenis yang guna WiFi dan 3G with 32GB. iPad ni dah ada built in WiFi, so boleh guna internet di mana jua tempat yang ada WiFi. Tapi tambahan 3G tu ala2 broadband ler, so kat tempat yang tak de WiFi, kita still boleh access internet with 3G. So for the data provider, I choose Maxis Package.



Aku pilih plan yang paling murah, RM70 sebulan for 3.5GB. Tapi kalau sesapa yang ada iPhone, boleh switch to plan yang bawah tu which is you just have to pay RM60 for 3.5GB dan boleh pakai untuk both iPad dan iPhone. Menarik kan? Hmm..tu yang bercita-cita nak beli iPhone pulak tu.

Memang sungguh lah menjadi kegilaan iPad ni bukan saja pada mak bapak, tapi kat anak2 aku ni. Tak padan yang halus2 ni, bangun pagi capai iPad dulu. Tengok tu, kusyuk kan...

Ha..kalau tetiba rasa nak cuba resepi baru, boleh terus bawa iPad tu ke dapur dan start le menggodek macam aku ni ha...

Benda ni memang user friendly. Tak caya tengok budak tecik ni, baru 3 tahun, tapi sambil hisap botol pun boleh main game kat iPad ni dan boleh le keep diorang ni occupied sikit dalam kereta.

Overall, aku memang pueh hati le beli iPad ni. Untuk aku pulak, bila2 masa boleh window shopping kat blog2 yang aku suka. Kalau pergi meeting pun, aku boleh terus buat report dan send kat email. Cuma, software untuk iPad ni lebih kepada Apple Technology dan tak compatible ngan Microsoft (Obviously lah sah2 rival kan). But still, ada banyak application yang boleh di download dari Apple Store / iTune kalau nak buat light2 note sebab kegunaan utamanya bukan lah macam PC biasa, dia more tu audio visual application.

Wednesday, January 5, 2011

There Is Always First Time

 Bag lagi besau dari orang he..he..

Hmmm..dah besar rupanya anak aku ni (walaupun dari segi fizikal masih antara yang paling kecil). Dulu tengok orang sibuk2 hantar anak gi sekolah sampai  berkampung kat sekolah, tahun ni giliran aku pulak (tapi tak lah sampai berkampung). Aku rasa sebenarnya mak bapak yang lebih penat dari anak2 bila mula sekolah ni. Ye lah, mak bapak lah yang ke hulu ke hilir, sekejap hantar lepas tu datang balik waktu rehat, pastu ambik pulak sebelah petang. Rehat kejap, hantar pulak sekolah Agama. balik rumah, mak bapak dah melepek, bebudak ni rileks je, siap boleh main lari2 lagi...

 Anyway, tahun ni Dalea dah mula sekolah Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Macam orang lain jugak, aku ambil 1 week block leave untuk menguruskan semua hal2 pasal sekolah anak2 aku kali ni. First sekali kena uruskan kakaknya yang sekolah Darjah Satu ni lah. Sekolah Dalea ni antara Sekolah dalam kategori Sekolah Cemerlang. Banyak lah anugerah2 yang sekolah ni dapat dalam pelbagai bidang baik pendidikan mahupun kokurikulum. Memandangkan sekolah jenis yang banyak menang anugerah ni, pressure nya pun agak hebat kepada guru2 dan tempias lah kepada murid2.

Memang lah impian semua parents nak yang terbaik untuk anak masing2, tapi seboleh2nya, biarlah berpadanan dengan kemampuan budak2 tu. Aku harap Dalea tak pressure sangat.



 Sementara tunggu anak2 keluar rehat, mak bapak soru dulu kat Kantin. Teringat lak zaman sekolah2 dulu. Tapi makanan sekarang ni mak aih mahal nya. Air milo cair macam kurang milo tu pun secawan 50 sen. Belum benda2 lain lagi.

 Monyok je Dalea. Mengantuk lagi ni. Ini tempat duduk hari pertama. Sekarang Dalea dah duduk paling depan. Maklumlah comel sangat, duduk belakang nanti cikgu tak nampak pulak.


Lepas makan, kena beratur kat kantin ikut kelas masing2 dan baca doa selepas makan. Lepas tu baru boleh masuk kelas.


Ha ni Cikgu Besar dia..Puan Hajjah Ruslina tengah nak bagi lencana menandakan minggu ni adalah minggu Integrasi bagi bebudak Tahun Satu ni.

So, dalam seminggu ni, ini lah tempat aku berulang alik. Lepas ni kena uruskan adik dia pulak, Khalissa yang masuk pre-school tahun ni.