Pages

Friday, November 26, 2010

PEMENANG TERMENANG

Jeng..jeng..jeng.. lepas penat menerjah..actually tak lah penat mana sebab tak banyak sangat pun..propa je lebih..Sebenarnya penat sebab banyak sangat aktiviti utama dan sampingan yang kena buat dalam minggu ni. Kepada peserta akhir, tima kacih sebab sabar menunggu ye. Ye lah, nak tunggu orang bagi hadiah, kenalah sabar sikit tak gitew kita?


Okey lah, demi menghargai mereka2 yang sabar itu dan supaya blog ni tak di banned pada masa hadapan sebab melengah2kan masa, maka pemenang bagi Stoberri Coklat 1st GA kali ni jatuh kepada ...eh sebelum tu nak bagi tau sikitlah cara pengadilan di buat. Setiap blog memang diterjah dan dinilai berdasarkan jawapan dan kreativiti. Tak pakai khidmat En. Random.org sebab rasa kejam sangat melainkan GA setakat suruh tinggal blog address sesuai lah. Since ada yang memang rajin dan kreatif, maka kita shortlistkan dan pilih yang terbaik. So pemenangnya ialah:-

1. tiefazatie - barangan Avon
2. mama zharfan - Barangan Cosway
3. Imanmom - Saguhati
4. tengkuizzahfarahana - Saguhati
5. haszuraidah - Saguhati


So, kepada pemenang silalah melapor diri di pondok kawalan dengan kadar segera. Tapi hadiah, cek pos minggu depan ye. Weekend baru nak pi beli hadiah. 


Kepada yang tak berjaya, tetap diucapkan terima kasih sebab sudi gak singgah blog ni dan join GA kali ni. Cuba lagi di GA yang akan datang. Adios amigos!! Chows !!


Monday, November 22, 2010

Senarai Akhir Peserta GA

Okies, ini adalah senarai akhir peserta bertuah GA kali ni..jeng..jeng..jeng.:

1. anin
2. nurezzat
3. ekinashikin
4. nana
5. deqlis
6. jeeha
7. miza yusof
8. nadratul
9. nursufi81
10. tiefazatie
11. suzie rahman
12. ieyza
13. lynn azlina
14. mama zharfan
15. atie
16. nikadilafiziani
17. huda
18.s@hb@nu_mulaan
19. imanmom
20. mien
21. izzah farahana
22. haszuraidah

Kepada yang tak join tapi tinggal kan jejak, terima kasih sebab sudi singgah yer. Next time, kalau ada GA lagi boleh lah join. Anyway, sekarang masih duk menerjah sebab nak tengok gak komen2 peserta ni. Nanti kita tengok sapa yang kena.

Sunday, November 21, 2010

Terima Kasih Cikgu (Sambil lompat macam upin & ipin)

He..he..toche..toche..(betul ke eja cam tu?), terima kasih cikgu! Eh cikgu pulak, kira cikgu lah jugak. Tapi sebenarnya terima kasih kat Cleo yang bagi 1 seat untuk gi Za Essential Beauty Makeover semalam. Banyak gak ilmu kecantikan yang ditimba. Tapi yang best part tu boleh main mekap2. Boleh colour2 muka sendiri, memang best. Tapi sebab terlampau concentrate menyonteng muka, terus lupa nak ambik gambar, camno?
Sempat lah snap sekeping. Mula2 dia panggil sorang untuk di mekap sebelah muka je, pastu yang lain kena buat sendiri.



Part ni yang paling den suka, dapat goodie bag barang Za. Ada facial wash, lotion, mask, lipstick dan lipgloss. Suka..suka..suka...:)
 Last but not least, rupa2 yang dah kena conteng. Masa datang sume muka pucat lesi.