Pages

Thursday, June 30, 2011

Bertuah Jugak Aku Rupanya

Last week dapat surat misteri lagi aku ni selain dari surat saman keta aku tu, terselit lak surat surprise ni. Memang surprise habis sebab tetiba je kata aku menang hadiah bernilai RM100.00. Seingat aku lah, kalau lucky draw pun payah aku nak sangkut melainkan lucky draw yang dah kira fix semua orang konpem dapat hadiah, barulah aku dapat. 

Aku pun dah tak ingat bila tahun pulak aku ada masuk contest ni. Bila belek2 balik surat tu..ha tu dia, contest bulan 12 tahun lepas, tahun ni baru nak umum pemenang. Patutlah aku tak hengat. Ni mesti kes aku masuk peraduan lepas baca pasal sorang minah yang kerja dia masuk contest je pastu menang macam2. Aku biasalah, kan senang terpengaruh. tu yang habis semua contest dalam majalah semua aku masuk, tak sangka lak tersangkut jugak walaupun dah setengah tahun.


Neway, time kasih pada Women's Weekly sebab mencabut borang aku ya. Aku pun tak ingat apa nama peraduan tu dan apa hadiahnya pong. So dengan sepantas kilat gak meng"assign" en hubby *as usual-mangsa keadaan* untuk tolong collect hadiah.

Ini ler rupa hadiahnya, set barangan Vichy bernilai RM100.00. Aku pun tak pernah guna brand ni, apatah lagi mendengar namanya..boleh???



Dengan tidak semena2 rasa macam nak beli magazine lagi. Hmm..contest apa lagi yang menarik ea???? Hee..hee..

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday # 8




Friday, June 24, 2011

Thank God It's FRIDAY



Hari ni rehat panjang sikit dan seperti pelesit semuanya hilang dari tempat kejadian seperti biasa cuma hari ni tak pergi jauh, dekat je, ke Istana Hinggap kitorang yang biasalah kan. Since takde apa2 plan untuk melaburkan duit seperti selalu, so kitorang gi makan kat T.G.I Fridays @ Alamanda, Putrajaya. Aku tak ingat sejak bila ada Fridays kat sini tapi ini kira pes taim lah kitorang buat lawatan tapak ke sini dan dengan lain tujuan untuk compare kadar kelembapan servis kat sini compare to kat IOI Mall, Puchong.

As usual, kitorang sampai masa orang lain masih sibuk lagi queue nak naik ram ke parking atau berebut nak kuar dari opis. Neway, awal 5 minit je pun..hee...cover2 sikit...Oh ok, seperti biasa kedatangan kami mestilah disambut bagai nak rak dek waiter2 kat situ kan. Ye lah rezeki yang masuk kena lah kasi tabik hormat sikit. Since perut memasing memang dah mula nyanyi lagu heavy metal, ditambah lak dek kelazatan gambar makanan kat dalam menu, so order pun ikut nafsu gajah lah kan....aku je yang boleh control..hee....
Memula kita minum dulu. Zura order Strawberry Margarita..huiyo..mabuk lah lepas ni...aku nak gak Margarita ni tapi Mangga habis lah pulak. Apalah punya alasan, bukan ke Carrefour kat atas tu je..g ilah beli mangga kat situ...potong betul. Sebelum minum waiter tu siap ajar cara camana nak minum Margarita ni. memula kena rasa gula yang dia tabur kat keliling gelas tu dulu, baru minum. Tak tau lah apa signifikannya buat gitu. Apa kes kena jilat2 gelas dulu. Tak leh ke terus campur gula dalam air tu. Err..tah berapa ramai lah pulak yang dah jilat gelas cam tu ek..sorry puan2 ek. Aku tak buat keje gitu..hee..
Hok ni pulak air Tina Mojito. Kalau dengar nama2 air ni memang lah ala2 ayaq kencin setan yang jual kat bar tu tapi hok ni tak de alcohol tu. Air buah biasa lah tapi ada lah rasa masam2 sikit cuma hak Mojito ni dia ada letak pudina terus rasa macam air sabun Palmolive kaler Hijau. Tak caye, cuba beli sabun tu..ala2 giew lah rasanya....
Aku punya since dah mangga habis nak wat Margarita, aku order air selamat je lah Carrot Orange. Boleh tahan ler rasanya..sedap lagi kalau aku buat sendiri..hee...

Ok, lupa lak nak snap gambar Appetiser. Aku order Chicken Barbecue Salad je sebab aku dah order Parmesan Quasedallas memula tadi. Aku memang serik dah nak makan steak2 kat sini sebab aku tau portion kat sini semua besar2. Kantung aku ni dah lah kecik, rugi lah kalau tak habis kan. Tapi walaupun sayur, lenguh jugaklah rahang aku mengunyah nak bagi habis.....

Ini pulak Zura punya Lamb. Nampak macam kecik tapi mengah siot nak bagi habis ni. Tapi Zura tetap maintain....pinggan sure licin punya...

Last but not least Tina punya Rib. Tulang ni kalau baling kat hanjing memang dia pun tak sanggup nak sambut nih...Mau berlubang kepala hanjeng tu.

On overall, servis kat sini masih lagi suam2 kuku tapi tak selembap servis kat IOI Mall tuh. Itu kira kitorang pegi time takde orang, kitorang je yang memriahkan majlis. Kalau full house, mau Mahgrib baru dapat makan. Ala2 booking untuk bukak puasalah kan....

Oh, sesapa nak memriahkan majlis boleh je singgah Fridays ni kat sebelah GSC Alamanda, Putrajaya. Ni iklan free je...:)

Wednesday, June 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Ini patutnya jadi entry last wekend tapi sebab sibuk menghapdet rumah lagi satu maka tak sempat2 nak hapdet rumah yang ni. Neway, last weekend gi Mabecs untuk consultation session pasal nak buat Visa gi UK. Hmm..memang banyak giler prosedurnya, rasa macam tak terbuat je. 

First - I need to float at least 28 days consecutively approximately RM15 to RM20 K in my Bank Account as an evidence sebab evidence dalam FA JPA tu tak cukup lagi GB3 ke 4 K. Awatlah yang JPA tak letak je amount yang cukup2 kan senang.

Lepas tu baru boleh isi borang Visa online untuk kitorang semua anak beranak. Document yang diorang nak pun banyak, then bagi kat Mabecs dulu untuk vet thru before hantar.

Then, gi bayar Visa Fees around RM7 ke 8 K (ikut rate terkini) kat Alliance Bank only. The next day baru boleh submit application and resit bayaran for the 3 of us je untuk buat biometric print.

In the meantime kena buat medical check up for all of us. Yang ni nasib baik tak ada specific panel clinic, kalau tak lagi lah parah poket ai.

Ok, dah tak mau pikir pasal tu dulu, habis session kat situ we all gi USJ Taipan cari makan. En hubby suggest makan nasi beriyani Iran kat sini.


Kat luar kedai ni dia jual mangga Iran ni RM50 sekotak. Ada lah dalam 10 bijik kut. Sebelum makan teringin gak nak beli, bila dah kenyang..hmm...

Kitorang makan nasi beriyani ayam. Ayam dia dah letak siap2 dalam nasi tu. Nasi dia memang lembut dan gila kenyang. Ini kira untuk 2 orang makan je, tapi cukup untuk kitorang berempat.


Ini kira dia punya set lah, kuah dalca and salad sayur.

Hm..sedap tak Aliff??? Sedap...tapi Aliff tak suka mungkin sebab nasi dia agak berempah, asal suap nasik je, terus kunyah timun sambil nangis..hahaha...cian dia...

Thursday, June 16, 2011

Misteri Sangat lah

Ini kira citer minggu lepas tapi tak berkesempatan nak update. Kalau kuah kari ni kira dah habis basi dah lah, mau naik bau satu rumah. Neway, ini adalah kisah empat orang sohabat yang terganggu jiwa dan raganya. Kitorang ni opis mate tapi lain-lain anjung jer, 3 kat selatan, aku sorang jer kat Utara tapi tiap kali lunch taim memang harus get together-gether bagi membincangkan gosip dan isu-isu semasa hee.....

Since lunch time je lah taim untuk melepaskan segala kerengsaan badan, maka haruslah kitorang ni melarikan diri dari tempat kejadian. Huh..kat manalah kitorang ni kerja kan, teruk sangat bunyinya....

Since dalam kawasan ni tempat nak berjimba amatlah terhad malah kawasan sewaktu dengannya pun dah selalu di jadikan istana hinggap, maka makin hari makin kering lah idea memasing ke mana lagi nak bawak kaki ni melangkah. Yang haru of course lah drebar kan, tak tau dah nak pusing stereng ni kemana. Tetiba adalah sorang hamba Allah ni yang dapat lampu suh buat kotak misteri. Kira setiap kali keluar cabut undi lah, baru lah thrill sikit...kononler.

Tiba hari yang dijanjikan, maka si Intan payung a.k.a Intankiut (dia bagi nama sendiri wokeh...) pun keluarkan lah kotak misteri dia ni. Bab2 ini memang kena serah kat budak ni, dia memang cukup suka buat2 kerja kebajikan macam ni.


Ni ler rupa kotak misteri tu. So, sebelum gerak aku yang jadi drebar hari tu di beri penghormatan untuk cabut undi. Ecehceh...

Kalau ikutkan, ini ler tempat yang kitorang patut pergi. Tapi hampeh tul bebudak ni. Tu lah lain kali tak payahlah nak berkotak misteri bagai kalau dalam hati nak gi tempat lain tapi terpaksa sebab dah berundi bagai. Siap suruh cabut undi lagi sekali lak tu. Tapi memang muka JJ lah aku ni sebab second time pun aku dapat JJ gak tapi kat Balakong. Pastu nak salah kan aku, dah sah2 itu je tempat yang di calonkan..aiyo....haru betul. 

Since memasing pun ada agenda lain lepas lunch maka terbantutlah undian kitorang tu. In the end kitorang gi makan kat Bangi...

Kitorang ni memang selalu gi Bangi ni sebab nak makan kat Wang Solo dan sambil menyinggah kedai Bakery Yummie tu. Tapi kitorang tak pernah lagi makan kat sini. So hari ni since tak dapat gi jauh2, kitorang nak cuba makan yang lain sikit..hee...

Ini muka depan kedai. Ala2 macam masuk rumah jugak kedai ni.


Sebelum makan main course kita makan dessert dulu, bukan starter, tapi dessert terus..mengong...Kitorang semua order Red Velvet Cupcake dan aku order air Raspberry ni. Red Velvet cupcake kat sini memang sedap, tak tipu. Tapi tang harga..gulp...cuba teka berapa hengget ni????

Ha..untuk cupcake besau ni yang aku rasa dalam 2.5 atau 3 oz ni harganya RM11 ye anak2. Tu dia, aku jual pun baru RM2 ke RM2.50 sebiji. Hok ni 5 kali ganda..rasa lebih kurang lah macam yang kitorang selalu buat..statement tak beleh blah kan :)

Ini pulak French Macaron perasa Chocolate with Hazelnut filling. Aku rasa yang ini memang guna french meringue sebab shell dia yang keras tapi sangat chewy kat dalam. Ecehceh..mentang2 lah dah pandai wat macaron, pandai lak nak jadi pengkritik. Tapi kritik yang ok sebab macaron ni sedap dan saiz die memang agak besar. Harga RM4 sebijik.

Oh, ini muka geli2 sebab makanan baru sampai..boleh???
Ini aku punya main course - Roast Chicken with Barbecue Sauce. Presentation memang kelas..rasa pun kelas jugak. Harga lebih kurang RM38.00 kau..kelas tak??

Ini si Intankiut punya order. Ayam gak tapi tak hengat namanya.

Ini ZuraJelita punya Rib Eye. Harga lebih kurang RM48 ke RM50 untuk daging cenonet gitew.

Last but not least order of the day, Tina Terbalik punya Lamb. Harga aku tak ingat tapi lebih dari Zura Jelita punya Rib okay...

Ini lah hasilnya bila dah lapar dan makan makanan yang mahal. Memang konpem kena habiskan sampai licin. Intankiut punya pinggan dah takde sebab dia habis dulu..hee...

Eceh..ceh..dah kenyang, baru lah boleh angkat tangan kan. Overall kitang 4 orang makan nak dekat RM300.00 ye. Ko mampu nak? Gila apa makan sampai RM300 ko ingat ko tu CEO???CEO bukan COW ya....hahaha...


Aku mestilah yang paling kurus..hehe..jangan marah a...

I
Ini lak gambar nak buat report polis sebab Tina Terbalik sudah cilok sudu air ni masuk dalam wristlet dia..dengan statement..DAH MAKAN MAHAL2 TAKKAN TAK DE SOUVENIR KUT???? memang dasar pompuan jiwa kacau....

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #7


Friday, June 3, 2011

Aku Yang Huru Hara

Hari ni aku ada gerak gempur 5S. Ha..tu dia...siapa yang nak di gempur pun aku tak tau. Sebabnya?? Opis aku nak renew Sijil 5S untuk tahun ni. Tapi yang stressnya aku. Mana lah aku tak stress, hidup aku ni dah tentulah huru hara dengan staff yang lepas sorang..sorang kena tukar lah, tamat kontraklah, kena tukar unit lah..dengan aku yang nak gi sambung belajar lah..kerja makin hari macam tak pernah nak surut..tapi ada masa lagi nak update blog tu..hee..aku draft siap2 2, 3 entry pastu auto publish...ayat2 disclaimer ok...macamlah ada orang nak heran...

Dalam pada huru hara gitew pun nama aku naik gak and in charge on workstation. Workstation??? Hilang akal kut, udah nama pun huru hara, workstation sendiri pun haru biru, camanalah aku nak menguruskan workstation orang lain?

Next week orang dah nak datang audit, aku sepatah haram tak buat apa. Ish..aku yang sungguh stress di kala ini. Maka wajib keluar gi shopping awal sikit hari ni...hmm...boleh gitew????